Header Ads

Tweet Khairy, jarang Najib buat dengan menteri lain

loading...
                             

Tidak seperti menteri atau pemimpin Umno dan kerajaan lain yang hanya berkomunikasi secara formal atau memaklumkan program serta aktiviti masing-masing kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui laman mikro twitter, Khairy Jamaluddin (KJ) sebaliknya telah memanfaatkan bahawa beliau jauh lebih ke depan berbanding yang lain dalam penggunaan media sosial ini.

Dengan gurau sendanya mendapat respons yang menghiburkan daripada Najib, KJ juga menjadi satu-satunya menteri yang setakat ini boleh berbuat demikian dengan seorang Perdana Menteri, ulas Shahbudin Husin


"KJ juga tentunya gembira kerana hubungannya yang boleh bergurau senda itu telah diketahui oleh sebahagian besar rakyat negara ini," tulisnya di dalam blog, semalam.

Ini, menurutnya sekaligus menyerlahkan hubungan yang rapat antara Najib dengan KJ walaupun daripada tahun 2009 hingga 2013 lalu beliau diketepikan oleh Najib daripada menduduki sebarang jawatan dalam kerajaan.

Hanya dalam penyusunan kabinet selepas PRU13 barulah KJ dimasukkan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Baginya, tindakan saling berbalas gurauan yang ditunjukkan itu menunjukkan turut menyenangi antara satu sama lain yang jarang ditunjukkan oleh Najib terhadap menteri yang lain. -

                               

Ya la..takkan sepanjang masa nak serius je..sesekali begurau pun bagus..takde la stress sangat


Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.