Header Ads

Tak Mahal Pun...Seposen Jer

loading...
                                      

Terkejut beruk Abang Fen...serius...

Mana taknya you all....kuih sebiji 10 sen je...nak cari mana lagi.


Tak percaya, datanglah tengok dan beli sendiri di Kampung Simpang Tiga Karangan, Kulim, Kedah.

                                   

Bukan sejenis kuih yang dijual oleh pasangan Musa Awang, 55, dan isterinya Sarifah Mohd Isa, 49, (gambar bawah) tetapi kesemuanya 15 jenis.

                                   

Bila dah ada makanan yang istimewa macam ini, Abang Fen pun apa lagi, mulalah keluarkan pen dan buku...nak kongsi dengan you all.

Kisah pasangan ini menjual kuih semurah 10 sen bermula daripada cadangan anak sulung daripada 10 cahaya mata mereka pada 2003.

Ketika itu, 12 anak-beranak itu hanya bergantung kepada wang pencen bekas tentera Musa yang seberapa.

Sarifah yang berkebolehan membuat pelbagai kuih-muih tradisional telah disaran untuk mencuba perniagaan menjual kuih tradisional pada harga 10 sen.

Bagi menjanjikan keistimewaan kepada pelanggan pula, kuih tersebut pula perlu dimasak di gerai mereka.

Alasan anak sulungnya, untuk memastikan kuih yang dijual masih panas dan aroma baunya akan menarik perhatian pelanggan untuk mencuba.

                             
Idea bernas itu kemudian dilaksanakan oleh Musa dan Sarifah bagi mendapatkan pendapatan tambahan buat perbelanjaan 12 isi rumah.

Pasangan tersebut mula menjual kuih 10 sen dengan menyediakan tujuh pilihan.

“Saya takut kalau kuih yang dijual tak laku. Jadi saya cuba dengan tujuh jenis kuih untuk melihat sambutan daripada pelanggan.

“Bila hari pertama dah habis semua kuih. Di situlah bermulanya keyakinan kami bahawa perniagaan ini boleh dijadikan sebagai pendapatan tetap keluarga," katanya.

Demi pelanggan, kini Sarifah dan Musa menyediakan sebanyak 15 jenis kuih yang dijual pada harga 10 sen setiap satu.

                                           

"Cumanya saya terpaksa kecilkan saiz kuih kerana seperti yang semua sedia maklum, kos barangan pun bukanlah murah sangat.

"Tetapi apa yang penting bagi kami adalah kepuasan hati pelanggan," ujarnya.

                                      

Sembang-sembang jugak, rasa mestilah kena rasa.

Oleh disebabkan ingin berkongsi dengan you all...Abang Fen rasa semua jenis kuih di gerai Sarifah.

Satu saja yang Abang Fen dapat kongsikan selepas rasa semuanya, jawapannya ialah sedap...serius sedap.

                                   





Oleh: AFANDY YUSOF

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.