Header Ads

Susulan Zaquan Curang,Apa Kata Ayu Raudhah

loading...
                                 
Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua.

Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.

Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.



                               
Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki.
Memang jawapan yang ramai nantikan tentang kontroversi yang sedang melanda Zaquan Adha ketika ini. Isterinya, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.

“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”

“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”


Ayu Raudhah berkata demikian kepada portal OHBULAN! hari ini selepas diminta untuk mengulas isu ini yang kini menjadi perhatian ramai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menyebarkan perkara ini untuk memporak perandakan rumahtangga mereka berdua.

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini”

Jangan saman kami, please.


rotikaya

2 ulasan:

  1. Dugaannnnn...harap yang baik-baik ajelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga mereka tabah menghadapi cabaran berumahtangga

      Padam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.