Header Ads

Rosmah Mansor Masuk Dalam Kolam Seri Perdana Air Terus Tak Keluar.

loading...
Datin Seri Rosmah Mansor kata ada yang fitnah kononnya apabila beliau masuk dalam kolam Seri Perdana air tak keluar.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui beliau tidak pandai berenang bagi ‎menolak tohmahan mengenai perbelanjaan bil air kediaman rasmi di kompleks Seri Perdana lebih daripada RM300,000 pada 2012.

Beliau menegaskan tohmahan yang dibuat ke atasnya sebelum Pilihan Raya ke-13(PRU 13) lalu, adalah tidak masuk akal dan tidak benar.

"Cerita itu sebelum pilihan raya lalu, ada yang fitnah kononnya apabila saya masuk dalam kolam Seri Perdana air tak keluar.



"Saya tidak pandai berenang. Kalau orang itu nak jumpa saya boleh beritahu memang tidak pandai, saya cakap memang tidak tahu kalau pergi laut saya tidak berenang, saya duduk macam filem P. Ramlee itu," katanya pada dalam majlis penyampaian anugerah nadi negara Wanita Umno 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam acara itu, Rosmah dilihat turut menyanyikan tiga buah lagu sambil ditemani beberapa ahli Wanita Umno termasuk ketua Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

p/s  Betul la...fitnah  ni buat aku gelak guling-guling

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.