Header Ads

Mak Mah Perahsia Dan Semakin Angau

loading...
                        
Tinggal beberapa hari sahaja lagi status ibu tunggal yang selama ini digalas pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah akan bertukar.

Mak Mah dijadualkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang peneroka felda Al-Fatah Rahim Ismail, 70, pada 17 Mei depan.




Menurut anak Mak Mah, iaitu pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramlie sempat berseloroh mengatakan ibunya kini sedang angau mengalahkan orang muda yang mahu naik pelamin serta gigih menguruskan badan untuk majlis bahagianya itu.

“Alhamdulillah, kami anak-anak tumpang gembira apabila melihat mak bahagia. Kami gembira dengan keputusan mak. Mak sekarang nampak lebih angau daripada orang muda yang nak naik pelamin.

“Mak juga sekarang tengah berusaha menguruskan badan agar dapat memakai kebaya. Sampai pitam-pitam mak berusaha pakai kebaya,” katanya

“Mak sememangnya akan bahagia apabila anak-anak dapat berkumpul bersama-sama, bercerita dan makan masakan mak walaupun hanya nasi dengan telur dan sardin sahaja.
“Namun tahun ini, Mak lebih anggau untuk naik pelamin,” katanya sambil tergelak sakan setelah menceritakan perihal Mak Mah yang dilihat begitu teruja untuk diijabkabul sekali lagi.

Mak Mah, 68, sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di Meru, Klang.

Bibit-bibit perkenalan Mak Mah dan Al-Fatah bermula ketika kedua-duanya mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.
                                           

Bagaimanapun menurut salah seorang anak Mak Mah iaitu pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramlie, beliau tidak menganggap lelaki yang bakal mengahwini ibunya pada 17 Mei ini sebagai kurniaan 'bapa baru".

"Bagi saya, sebagai seorang anak tiada konsep “ayah baru”. Sebaliknya ini merupakan kehidupan mak bersama suami baru. Jadi kami sebagai anak tidak meletakkan apa-apa syarat, yang penting selepas ini beliau bahagia bersama suami baharu dan semoga ini merupakan perkahwina terakhirnya", katanya

Menyifatkan ibunya sebagai seorang yang cukup berahsia, Adlin berkata, sebelum ini ibunya sekadar ada bercerita yang dia mengenali seorang lelaki dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Kemudian ketika kali kedua bercerita kepada Adlin dan adik beradik lain, barulah Mak Mah terus menyatakan hasrat yang dia dan bakal suaminya sudah sepakat mahu berkahwin.

Sebagai anak-anak Adlin berkata, semestinya mereka adik-beradik sangat berbahagia melihat ibu mereka yang sekian lama bergelar ibu tunggal kini akan kembali bergelar isteri.

"Alhamdullilah, kami anak-anak tumpang gembira apabila melihat mak bahagia. Kami gembira dengan keputusan mak. Mak sekarang nampak lebih angau daripada orang muda yang nak naik pelamin. Mula-mula mak kata nak edar 300 kad jemputan sahaja. Tapi sekarang sudah 3000 kad jemputan telah disediakan olehnya.

"Mak juga sekarang tengah berusaha menguruskan badan agar dapat memakai kebaya. Sampai pitam-pitam mak berusaha pakai kebaya,” dedahnya sambil tergelak kecil.

Mak Mah mula berkenalan dengan Al-Fatah Rahim Ismail ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu. Mereka kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di kediaman abang ipar Mak Mah di Meru, Klang.

Sementara itu dari segi persiapan pula, kata suami kepada pelakon Emelda Rosmila ini, dia dan adik beradik tidak terlalu mencampuri urusan persiapan majlis bersejarah ibunya itu kerana semua persiapan dilakukan oleh adik beradik di sebelah ibunya.

"Mak Mah ialah anak kedua daripada 13 adik beradik. Selama ini mak yang berusaha mencari rezeki untuk adik beradiknya. Jadi sekarang ini, giliran adik beradik mak pula membantu membuat persiapan kahwinnya", tutur Adlin yang sekarang sibuk dengan program 'Bintang Mencari Bintang' musim kedua.

Ditanya sekiranya ada mana-ama penerbit atau pengarah mahu memfilemkan kish ibunya, Adlin berkata,

"Saya tidak menghalang sekiranya ada mana-mana pihak ingin menerbitkan filem mengenai kisah mak. Namun, pembikinan filem tersebut akan dipantau oleh saya meliputi tujuan utama filem itu ingin diterbitkan. Jika ianya hanyalah gimik semata-mata, jadi tidak perlulah.

"Tetapi, jika ia melibatkan kisah mak sebagai anak seni dan ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak serta memberi impak yang positif kepada semua pihak, kami akan menyokong", ujarnya yang juga kini rancak menjalankan perniagaan pemasaran networking.

Sebelum mengakhiri perbualan, Adlin sempat menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu. Mengambarkan Mak Mah sebagai seorang yang cukup rapat dan mesra dengan anak-anak, ujar Adlin, maknya cukup memahami sifat anak-anak. Mak tidak suka meminta-meminta dengan orang lain namun, apa yang diinginkan, beliau akan meminta kepada Allah S.W.T.

"Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada mak semoga sihat dan berbahagia sehingga ke akhir hayatnya", katanya.


Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.