Header Ads

Intai-Intai Rumah Nana...Jom

loading...
                       
Lebih dikenali sebagai Nana, 30, sudah 15 tahun dia bertapak dalam industri seni suara dan lakonan.

Biarpun sibuk dengan pelbagai kegiatan seni saban minggu Nana pasti pulang ke rumah keluarganya di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah emak. Jaraknya pun tidak jauh, dari Cheras ke Seremban hanya 40 minit menaiki kereta.

Binaan rumah ini dahulu 90 peratus daripada papan, namun sudah dilakukan pengubahsuaian tiga tahun lalu. Biasanya ruang keluarga inilah menjadi tempat kami bersantai dan berkaraoke.


                                     

Sebenarnya saya tidak pandai menghias rumah. Semua hiasan dan susun atur untuk ruang ini seratus peratus dibuat oleh kakak ipar yang memang gemar menghias rumah dan sering kali menukar susun atur perabot.

Daripada memilih fabrik, warna cat, perabot dan hiasan semuanya kakak ipar yang tentukan. Saya hanya menjadi ‘bank’ saja.

                             
Kakak ipar, Kak Lis mahir dalam seni decopatch. Semua hiasan seperti botol, teko dan dulang di ruang ini adalah hasil tangannya.

Saya pernah cuba membuatnya tetapi selepas lima minit saya mengalah. Maklumlah bukan tangan seni.

Saya sering menggalakkan Kak Lis meneruskan minatnya membuat hiasan seperti ini.

Mungkin suatu hari, saya akan membuka perniagaan barangan decopatch.



Nota tambahan :

Terkenal dengan lagu pop Melayu dan tradisional.
Anak lelakinya Mohamad Rayyan Nakhaie kini berusia enam tahun hasil perkahwinannya dengan arwah Mohd Faizal Yusup pada 2006.
Anak bongsu daripada dua beradik.
Menceburi bidang seni suarat ketika berusia 15 tahun dan menghasilkan lima album studio secara solo.
Pernah menjadi Kaunselor Pelajaran di City Universiti Kolej, Petaling Jaya, Selangor selama dua tahun.

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.