Header Ads

Lisa Surihani Berlidah Pelat

loading...
Tuah lidah pelat

Umum mengetahui, Lisa amat terkenal dengan pelatnya yang sukar menyebut huruf ‘R’, akan tetapi dia tetap menjadi pilihan beberapa pihak produksi untuk menjadi hos bagi program terbitan mereka.

Tatkala dipilih sebagai hos program HBO Sentral dengan konsep interaktif dan informatif, Lisa berkata, dia tidak mengalami sebarang masalah ketika rakaman program tersebut dijalankan.

Menceritakan kepelatan yang dialaminya, bagi Lisa ia bukanlah satu masalah memandangkan kekurangan yang dimilikinya itu tidak mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap rancangan yang dihoskan.

“Segala maklumat yang perlu disampaikan kepada penonton masih boleh dilontarkan secara jelas, tidak timbul sebarang kekeliruan fakta atau sebagainya.

“Walaupun lidah saya sukar untuk menyebut huruf ‘R’, tetapi sekalipun saya tidak menganggapnya sebagai kekangan untuk meneruskan karier seni sama ada sebagai hos mahupun pelakon yang banyak berdialog," katanya.

Ditanya adakah pelat itu satu keistimewaan yang membuatkannya terus dipilih mengacarakan sesuatu program, jawab Lisa, hanya penonton dan pihak produksi yang boleh merungkai persoalan tersebut.

“Biarlah orang luar yang menjawab soalan itu. Selagi saya diterima untuk mengendalikan sesuatu program atau menjayakan sesebuah drama, itu sudah memadai buat saya. Bersyukur sangat," jawabnya.


Ar

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.