Header Ads

Linda Hashim baca surah Maryam sepanjang kehamilan

loading...
Linda Hashim dan suami Beego tidak sabar menanti kelahiran anak pertama mereka akhir bulan ini

 Pelakon Linda Hashim melakukan amalan membaca surah Maryam yang dijadikan petua oleh kebanyakan ibu mengandung agar dipermudahkan proses bersalin.
Linda, 29, berkata, sejak disahkan mengandung Julai tahun lalu, dia sentiasa menitik beratkan amalan pembacaan surah-surah tertentu sebagai kekuatan dan bagi menjaga kandungannya.

"Saya banyak membaca buku dan di internet tentang amalan surah-surah dan ayat Al-Quran yang baik untuk diamalkan semasa mengandung.

"Setiap surah ada doa tertentu dan semuanya untuk kebaikkan bayi dalam kandungan. Pada awal kandungan dahulu saya banyak amalkan surah Luqman iaitu untuk mendapat anak yang cerdik dan sekarang banyak baca surah Maryam pula bagi mendapat keberkatan agar dipermudahkan ketika hendak bersalin nanti," katanya ketika dihubungimStar Online, pada Jumaat.
Linda dijangka bersalin pada hujung April ini. Aktres itu berkahwin dengan pelakon Beego, 34, pada 7 Jun 2013.
Linda Hashim sudah siap membeli kelengkapan bayi.

Dalam pada itu, Linda berkata, perasaan teruja dan tidak sabar untuk menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

"Saya tidak rasa takut ketika saat semakin hampir (bersalin) ini, sebaliknya rasa tidak sabar untuk melihat bayi ini," katanya.

Sementara itu kata Linda, dia lebih banyak membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal terutamanya untuk menhadapi kerenah bayi.

Dia juga melatih untuk sentiasa bersabar selain membaca maklumat tentang pengurusan bayi yang baharu lahir.

"Kelengkapan daripada segi pakaian semua sudah siap, saya tidak beli banyak kerana bayi mudah membesar, jadi beli yang secukupnya sahaja.

"Tetapi saya banyak baca tentang kerenah bayi yang baru lahir dan membuat persiapan daripada segi mental iaitu banyakkan bersabar.

"Bayi yang baru lahir akan banyak ragam dan kerap bangun malam, jadi saya sudah pesan awal-awal pada suami tentang perkara-perkara seperti itu," katanya.

Tambah Linda, dia akan tinggal di rumah kakaknya dalam tempoh berpantang itu.

Linda dijangka melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tawakal.

1 ulasan:

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.