Header Ads

Lebih 6,000 'Like' Tanda Sokong Engku Emran & Erra Fazira Rujuk Semula

loading...
Engku Emran enggan mengulas tentang tindakannya seolah-olah mahu memujuk Erra Fazira semula.

PETALING JAYA: Hasrat bekas suami pelakon Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin yang ingin rujuk semula dengan bekas isterinya mendapat banyak komen positif menerusi Instagram miliknya.

Pemerhatian pada Instagram milik Engku Emran menerusi akuaniamkumbre  sehingga pukul 1.45 petang Isnin mendapati seramai 6,433 orang memberi tanda ‘like’ pada status yang memaparkan gambar anaknya Engku Eleesya, 5, memakai baju T tertulis #prayformomandayah.

Selain itu terdapat kira-kira 1,244 pengikut laman sosial itu memberi komen masing-masing.
Dengan menggunakan hastag #prayformomandayah pengikut laman sosial berkenaan   menulis komen-komen positif dan menyokong tindakan yang dilakukan Engku Emran itu sebagai usaha untuk kebaikan keluarga mereka.

Salah seorang pengikut Instagram yang menggunakan akaun @fezaahar mendoakan agar  usaha yang dilakukan Engku Emran itu dipermudahkan  Allah dan berharap agar kedua-dua selebriti ini  mengetepikan ego masing-masing demi kebaikan keluarga.

"Jangan berhenti berdoa kepada Allah dan jangan berhenti berusaha untuk kembali bersama. Kami sentiasa menyokong anda. Kalau dulu boleh ambil hati Erra sampai kahwin, kali ini pasti lebih mudah kerana ada Aleesya sebagai objektif,
Sementara itu, @noor_amylia_syuhada berkata, sebagai peminat, mereka ingin melihat pasangan ini kembali hidup bahagia seperti dahulu.

Manakala bagi @azahns berkata, perpisahan yang terjadi antara kedua-dua selebriti ini ada hikmah yang tersembunyi dan berharap mereka mencari hikmah tersebut.

Bagi @imza79, kenyataan yang dibuat oleh Engku Emran adalah sesuatu yang jujur dan berharap Allah permudahkan perjalanan pasangan ini untuk membina masjid semula.

"Kenyataan paling jujur pernah saya baca, semoga Allah pemudahkan demi kebaikan dan niat murni untuk membina semula masjid yang telah dibina... Aleesya sayang, kami semua bersamamu," tulisnya.

Bagi @echasidek pula meminta agar Erra jangan bersikap pentingkan diri dan perlu memikirkan kebaikan bersama terutamanya Aleesya.

"Jangan risau kami akan kembali bersama, harap Erra sedar hidup ini bukan kita seorang sahaja, tolong fikirkan Aleesya," tulisnya.

Pada Sabtu lalu, Engku Emran, 39,  menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak hasil perkahwinannya dengan Erra iaitu Engku Aleesya yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah.

Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Engku Emran juga turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya bersama Erra.

komen-komen positif peminat di laman sosial Instagram.

Sementara itu, sebanyak 130 keping gambar telah dimuat naik semula terutamanya gambar-gambar milik Engku Emran dan Erra Fazira dengan hastag tersebut dilakukan sehingga pukul 1 tengah hari Isnin.
Salah seorang peminat, @naziramadzin turut memuat naik gambar-gambar mesra pasangan itu serta ketika hari perkahwinan mereka bagi menyokong usaha Engku Emran untuk rujuk semula dengan Erra.

Dia juga berharap agar Erra Fazira menerima semula bekas suaminya itu.

Dalam pada itu, Engku Emran ketika dihubungi pihakmStar Online, enggan memberi sebarang komen walaupun ditanya tentang kehidupannya selepas bergelar seorang duda.
"Saya tidak ada komen apa-apa tentang perkara tersebut dan saya berharap pihak mStar faham dengan jawapan yang saya berikan ini," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp, di sini, pada Isnin.
Terdahulu Erra, 40, menerusi mStar Online pada Isnin meminta Engku Emran menghormati privasinya selain terkejut dengan komen bekas suaminya yang berhasrat untuk rujuk semula.

Pasangan berkenaan telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Mahkamah juga memberi hak penjagaan anak kepada Engku Emran.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.
Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Engku Emran dan kedua buat Erra Fazira selepas aktor Yusry Abdul Halim.
Loading...

4 ulasan:

  1. Semoga jodoh mereka bertaut kembali..jika itu adalh lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yg terbaik..buang yg keruh ambil yg jernih...semua manusia buat silap..

      Padam
  2. Allah akan tetap tunjukkan jalan bagi setiap perkara yang baik..sesungguhnya Allah sedang mnguji mereka...Doakan yang terbaik..Amiinnnn

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.