Header Ads

Erma Fatima Guna Laman Sosial Jelas Kontroversi Kemban

loading...

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2014: Setelah cuba dihubungi beberapa kali oleh pihak Murai, pengarah sensasi Erma Fatima yang kini dilanda kontroversi membabitkan kenyataan yang dibuatnya di laman sosial Instagram baru-baru ini seakan cuba menggunakan medium sama untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya.
Melalui pemerhatian daripada semalam iaitu waktu sama dia dihubungi, Erma Fatima yang kini sedang dalam proses penggambaran filem Takhta, filem hikayat zaman dulu yang telah mencetuskan kontroversi dek kerana kostum seksi itu memuatnaik entri di Instagram dengan nota kaki yang mempunyai maksud-maksud tersendiri.
Rentetan daripada kontroversi ini bermula apabila gambar di sebalik tabir filem Takhta ini telah dimuatnaik Erma Fatima di Instagram dan kerana isu seksi, ada yang mempertikaikan pemilihan busana atau kostum yang lebih sopan.
Melalui pandangan sebagai seorang anak seni, Erma cuba menjelaskan mengapa dan kenapa dia memilih untuk menggunakan kostum sedemikian kerana sekadar melengkapkan prop agar dapat menghidupkan suasana di zaman itu dimana wanita ketika itu mengenakan pakaian ala berkemban itu.
Namun ungkapan “Andai kemban membawaku ke neraka, Aku redha” itu telah menarik perhatian ramai pihak dan yang tampil bersuara ada Dato’ Dr Asri Zainul Abidin, bekas Mufti negeri Perlis yang menyelar cara Erma menjawab atau ingin memperjelaskan sesuatu perkara.
Murai akan cuba lagi menghubungi Erma Fatima kerana ingin mendapatkan gambaran jelas tentang hal ini. Adakah ia sudah selesai atau tidak?
Mungkin ada apa-apa perkara berlaku setelah Erma mengeluarkan kenyataan itu dan lain-lain isu lagi. Setakat ini kami hanya dapat berkongsikan status yang dimuatnaik pengarah berkaliber itu di laman sosial miliknya.
Diharapkan Erma Fatima mungkin dapat tampil menjelaskan ia agar tidak lagi berpanjangan.

2 ulasan:

  1. Bila kita bercakap, kena hati-hati..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..merana nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maydia dah menyesal kot,namun mengucapkan maaf tu berat sikit kot

      Padam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.