Header Ads

Liyana Tunjuk Bukti Bergambar Hanez Dan Suaminya Bercuti Di Bangkok

loading...
 Entah bila Hanez Suraya dan Mr. R pergi bercuti bersama-sama di Bangkok tidaklah HM ketahui, namun inilah bukti bergambar yang ditunjukkan oleh isteri Mr. R, Liyana Manan. 

Liyana juga turut mempertikaikan kenyataan Hanez yang suaminya duda kerana sehingga ke hari ini, tiada surat cerai yang diterima olehnya. Bagi Liyana, selagi tiada surat cerai, dirinya masih isteri Mr. R yang sah.

Kata Liyana Manan kepada BiPop semalam:-

Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.

Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.

Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.

 Memang pedih ayat Liyana Manan ini. HM Pelik juga macam mana Hanez boleh bercuti dengan kekasih sedangkan belum ada ikatan yang sah. Liyana juga turut menegaskan yang dirinya tidak pernah membuat fitnah seperti yang didakwa oleh Hanez. Kata Liyana lagi:-

Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikank ami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai.

Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.

Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, buka saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarat terus mendengar pembohongan Hanez.

Dulu saya dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.

Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.

Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R
begitulah luahan hati Liyana Manan yang telah pun berkahwin dengan Mr. R selama 8 tahun. Susah senang bersama, bila jadi begini confirm sedih dan merana hati. HM Kesian sangat-sangat. Semoga Liyana Manan tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah kebenaran akan terbukti jua. Kepada Hanez, renung-renungkanlah perkara ini. tak gitu?

harianmetro


Loading...

4 ulasan:

  1. simpati sangat, sabar dan tabahlah wahai isteri

    BalasPadam
  2. Biasalah lelaki ( segelintir ).... mana cukup dengan sorang walaupun dapat perempuan yang cantik macamana sekali pun lelaki memang tak akan cukup dengan yang satu. Bagus tindakan isteri pertama MR R tu... kita bermaruah jgan sampai dipijak ok
    semoga tabah Allah tu maha adil

    BalasPadam
  3. Biasalah lelaki ( segelintir shja )... mana pernah cukup dengan yang sorang . Walau dah dapat pasangan yang cantik pun mana pernah puas diorang ni.Bagus tindakan sang isteri ni jangan biarkan maruah kita dipijak mcm tu je.
    Allah tu maha Adil... bersabarlah

    BalasPadam
  4. laki orang jugak dia nak...yang penting banyak duit..

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.