Header Ads

Anak Cik Ta Mahu Kereta Sport Sebagai Hadiah Kerana Cemerlang SPM

loading...

CEMERLANG SPM, ANAK CHE TA INGIN SAMBUNG BELAJAR KE OVERSEA

KUALA LUMPUR,  20 MAC 2014: Anak sulung kepada selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy, 18 menanam hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Ammar yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi berkata, dia sudahpun menjangka untuk mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A dalam kesemua mata pelajaran yang diambilnya termasuk dua mata pelajaran kegemarannya iaitu Matematik dan Sejarah.
Kata Ammar, bersandarkan keputusan cemerlang dari peperiksaan percubaan SPM yang lalu, permohonannya untuk memasuki University of Nottingham telahpun di luluskan dan bakal menyertainya pada Mei depan.
“Alhamdulillah, saya bakal menyambung pengajian di University of Nottingham yang berlokasi di Semenyih pada Mei ini dalam bidang pengurusan perniagaan.
“InsyaAllah, kalau ada rezeki , dari situ saya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara yang sudah menjadi impian saya selama ini” katanya yang bercita-cita ingin menjadi seorang pegawai bank pelaburan apabila tamat pengajian.
Bercerita mengenai pengalamannya mengambil keptusan SPM sekitar jam 10.30 pagi tadi, pelajar dari Kolej Yayasan Saad itu berkata tiada siapa yang menemaninya, bagaimanapun telah mengirimkan gambar keputusan tersebut melalui kiriman WhatsApp kepada ibunya sebaik sahaja keputusan berada di dalam genggamannya.
Che Ta yang sedang sibuk menjalani penggambaran Primadona di studio program bual bicara program itu di Bukit Rimau sejak pagi tadi, bagaimanapun telah berkongsikan berita gembira itu di laman sosial Instagram miliknya pagi tadi.
“Memang saya sudah jangkakan untuk menerima keputusan cemerlang ini. Tapi saya tetap gembira dan bersyukur dan terus menghantar gambar keputusan ini kepada mummy dengan menggunakan WhatsApp.
“Kemudian barulah Daddy hubungi saya dan selepas itu ramai ahli keluarga yang mula menghubungi saya,” katanya dalam nada gembira.
Ditanya apakah hadiah yang dia mahu daripada keluarganya, Ammar berkata dia impikan untuk dihadiahkan sebuah kereta sport memandangkan dia sudahpun memiliki lesen kereta.
“Pesan saya kepada mereka yang bakal mengambil peperiksaan SPM supaya bekerja keras kerana bukannya mudah untuk mendapat keputusan cemerlang.
“Mulakanlah pengajian secara bijak dan kerja keras dari tingkatan 4 bagi memastikan apa yang diingini tercapai,” katanya.

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.