Aishwarya Mula Menemani Anaknya Kesekolah


BEKAS Ratu Cantik Dunia 1994, Aishwarya Rai memanglah seorang ibu yang sangat penyayang.

Buktinya, isteri kepada aktor Abhishek Bachchan itu sentiasa menemani puteri tunggalnya, Aaradhya Bachchan di sekolahnya.

Satu sumber yang rapat dengan keluarga Bachchan memberitahu, Aishwarya tetap berkeras hendak dekat dengan anaknya itu walaupun di sekolah.

“Aaradhya adalah seorang kanak-kanak yang suka berkawan. Dia senang dengan persekitaran di sekolah.
“Dia juga jenis yang sangat cepat berkawan dengan kanak-kanak lain,” kata sumber.

Meskipun menunggu di kawasan sekolah, Aishwarya tidak pula berkumpul dengan ibu-ibu yang lain.

Sebaliknya, heroin Hum Dil De Chuke Sanam itu berdiri di salah satu sudut dan kemudiannya pergi dalam diam-diam tanpa disedari sesiapa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!