SILAP RESEPI,CHEF WAN MENGAMUK

Semalam, chef selebriti Malaysia iaitu Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dipercayai mengamuk di laman Instagram-nya selepas menikmati hidangan di sebuah restoran yang tidak dinyatakan lokasinya.
Amukannya itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan pengikut laman sosialnya dan rata-ratanya menyokong tindakan Chef Wan yang ingin melaporkan ketidakpuashatiannya terhadap restoran itu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Chef Wan telah meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang dihidang umpama indah khabar dari rupa.

Chef Wan sangat sensitif dalam bidang masakan
Sewaktu di restoran tersebut, Chef Wan telah memesan hidangan Laksa Nyonya, namun setelah menerima pesanannya, Chef Wan terkejut kerana apa yang diterimanya tak ubah seperti mee kari biasa dengan rempah yang pekat.
Mahir dalam bidang masakan, Chef Wan mendakwa bahawa restoran tersebut telah menggunakan resipi yang salah dan dia turut menggambarkan rasa hidangan tersebut hampir sama dengan rasa makjun.
The hotel can fool other customers but they cannot fool me by giving me that shit!
Not only its a version off Malaysia Mee Curry yg terlebih rempah and rasa macam Makjun but totally the wrong recipe! I call the manager and told him about this.

 Walaupun tidak berpuas hati dengan hidangan itu, Chef Wan tetap membayar harga hidangan sebanyak RM40.


Chef Wan bertindak demi menjaga nama baik negara
Bimbang reaksi pelancong terhadap masakan Malaysia, Chef Wan memandang serius berhubung isu ini demi menjaga nama baik negara.
My concerned is when other foreign guests order this dish they will totally get the wrong impression of the dish when its more like Mee Kari. Sudah la pekat rasa pun tak senonoh.

 Dalam pada itu, Chef Wan turut menyatakan semakin banyak tukang masak yang malas belajar cara memasak dengan betul.
Sebagai tambahan, Chef Wan akan berjumpa dengan General Manager restoran tersebut berhubung kes itu agar resipi masakan Melayu kekal terjaga.


Beautifulnara

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!