Owhh..Artis Tu Adi Putra Rupanya

Pelakon Adi Putra, disiasat polis berhubung aduan seorang ahli perniagaan dari Johor yang mendakwa aktor itu berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isterinya yang juga peminat aktor berkenaan.

Pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun, biarpun baru seminggu berkenalan.

Difahamkan, Pelakon terbabit menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu. Artis lelaki dan wanita dipercayai berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah menggunakan WhatsApp.


Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim hingga sanggup menghantar gambar lucah sebelum dikesan suami wanita berkenaan.

Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.

Ianya, dikesan suami wanita berkenaan yang terbaca mesej mereka ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu. Pengadu mengalami tekanan perasaan dan perkara itu kerap menimbulkan pergaduhan antara mereka.

Suami wanita tersebut dan pelakon Adi Putra masing-masing sudah membuat laporan polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang dibuat di sekitar Skudai. “Berikutan itu, kami memanggil artis lelaki berkenaan untuk direkodkan keterangan selepas laporan berkaitan dakwaan itu dibuat seorang individu. “Artis terbabit memberi kerjasama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan),” katanya.

p/s....biar betul

Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!