Akim,Stacy Dan Islam

Mahu Lebih Serius, Akim Nafi Desak Stacy Peluk Islam

Setelah lebih kurang 5 tahun menjalinkan hubungan yang rapat, penyayi, Akim Ahmad akui Stacy yang sering dikaitkan sebagai kekasihnya itu seorang yang suka bertanyakan mengenai perihal agama Islam kepadanya.

Tidak pernah memaksa atau menyuruh Stacy untuk memeluk Islam, tetapi Akim berkata dia lebih senang berkongsi mengenai agama Islam kepada penyanyi itu.

"Stacy memang tidak pernah beritahu yang dia mahu peluk Islam kepada saya, tetapi dia ada juga bertanya-tanya pada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Mana yang saya tahu, saya kongsikan dengannya.

"Bab-bab agama ni sensitif, masing-masing ada kepercayaan. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Saya kongsi apa yang saya tahu

"Tapi, saya terkejut juga bila dia pakaikan Bella (anak angkat Stacy) tudung. Kalau dia ada keinginan begitu (peluk Islam) bagus lah.

Sementara itu, Akim yang tidak pernah mengaku dia dan Stacy ada menjalinkan hubungan cinta sebelum ini memberitahu dia memang mengharapkan hubungan rapat yang telah terjalin sejak lima tahun itu akan melangkah ke tahap yang lebih serius.

 Tambahan kedua-dua keluarga sangat menyenangi hubungan mereka.

"Buat masa ini, saya lebih suka sifatkan hubungan kami sebagai kawan rapat. Tapi, mungkin kalau ada jodoh hubungan kami ni boleh pergi ke tahap yang lebih serius, saya tidak menolak.

"Namun terus-terang buat masa ini saya tak fikir untuk nak tamatkan zaman bujang lagi. Perjalanan saya dalam industri ni masih panjang. Saya sedar saya masih teraba-raba lagi dalam industri ni, jadi soal kerjaya yang saya perlu utamakan dulu," jelasnya lagi.

sumber:murai.com

Ulasan

  1. wah jadi betullah mereka mempunyai hubungan lovers giteww....

    BalasPadam
  2. @Farah Waheda Wahid
    ya mudah2an bertambah lagi seorang umat nabi Muhammad

    BalasPadam
  3. Saya berdoa moga Stacy terbuka hati untuk menjadi penganut agama islam satu hari nanti. Akim, tolong tengok-tengokkan ya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!