Header Ads

Siapa Paksa Mawi Puasa ??

loading...
                        Mawi dan Ekin kini bahagia bersama anak sulung mereka, Cahaya Malaika.

MACAM-macam kerenah anak kecil dalam bulan Ramadan. Bagi penyanyi yang pernah menjadi fenomena sebelum ini, Asmawi Ani atau Mawi, dia pernah berpuasa tanpa kerelaan hati. 

 Menurut Mawi, ketika disuruh berpuasa, dia merengek dan berguling-guling di lantai tanda protes mahu berbuka. Ketika itu usianya baru mencecah sembilan tahun. 

 “Masa kanak-kanak, saya masih ingat. Apabila berpuasa, saya dipaksa berpuasa.Puasa bukan sebab kerelaan hati saya. 

Mak saya paksa saya puasa. Dia kata sebab saya dah besar. Kena belajar puasa.

 “Apabila saya pergi sekolah, kawan-kawan ada yang cakap puasa setengah hari. Jadi, balik rumah saya tanya mak saya, boleh tak saya nak berbuka tengah hari ini tapi mak tak bagi,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi sempena hari raya, baru-baru ini. 

 Menurutnya, sesi merengek dan berguling itu berlaku sepanjang bulan Ramadan pada jam 5 hingga 7 petang. “Apa yang saya tak boleh lupa, pukul 5 hingga 7 petang, saya akan merengek dan berguling-guling di lantai nak makan. 

 “Setiap hari, sepanjang bulan Ramadan saya begitu. Apabila mak dah bosan dengan rengekan saya, mak bagi saya makan tapi saya tak makan sebab apabila fikir balik, saya pula rasa sayang nak berbuka,” katanya. 

 Meskipun dipaksa, namun puasanya itu cukup sebulan. Kenangan itu membuatkan pelantun lagu Al-Haq ini tersenyum apabila teringat kembali gelagatnya itu. 

 Sementara itu, sejak kecil Mawi telah menyertai kumpulan marhaban di kawasan tempat tinggalnya. Oleh itu, setiap tahun Mawi akan pulang ke kampungnya di Kulai untuk menyertai marhaban tersebut.

 “Di tempat saya, mereka akan buat marhaban setiap tahun. Kami kena habiskan kesemua rumah yang ada dalam blok kami pada hari raya pertama iaitu selepas sembahyang raya sampai waktu Zuhur. 

 “Saya memang menyertai Marhaban itu dari dulu sampai sekarang. Saya tak boleh terlepas, saya mesti balik,” katanya. 

 Isterinya, Norashikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin pula menyifatkan marhaban tersebut sesuatu pengalaman baru untuknya. 

 “ Itu pengalaman baru buat saya. Pagi raya di kampung memang meriah sebab mereka datang dari rumah ke rumah untuk marhaban. 

 “Saya tak pernah ada pengalaman macam itu. Seronok tengok sebab saya memang tak pernah tengok sebelum ini,” katanya. 

 Tahun ini, Mawi sekeluarga bakal pulang ke Johor untuk menyambut Aidilfitri.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.