Inilah Noktah pilu Cinta Mazuin Sebelum Bercerai

                                      Perkahwinan dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah 

Episod cinta Mazuin dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah bermula pada 10 Julai 1987. Pertemuan pertama mereka di Vila Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) telah memberi kesempatan untuk sama-sama bertentang mata. 

Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi oleh Mazuin tetapi sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987. 



 Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan beliau pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepadanya itu bertaraf lima bintang. Sebelum beliau dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri untuk mengadakan pertemuan dengan Mazuin yang ditemani ibunya, Maimon. 

Di ruang pejabat Istana Nurul Hana, Sufri telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan dalam majalah URTV, Sufri terlebih dahulu bertanyakan sama ada beliau mempunyai pilihan hati sebelum meminangnya.

Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai menantunya. 

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana berpendapat, pada usia 23 tahun adalah lebih baik jika Mazuin sahaja yang menentukan masa depannya. Setelah kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.


 Mazuin ketika mendukung anaknya, Puteri Ajeerah dan turut kelihatan Sudirman di belakang mereka.

Berita itu juga mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapatkan pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin. Cinta di antara mereka bermula selepas detik itu.

Persiapan dalam jangka masa berbulan-bulan dilakukan sehinggalah kepada majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung secara gilang-gemilang. Mereka telah dinikahkan pada 11 Disember 1987.

Beliau juga pernah dikenali dengan nama "Pengiran Bini Mazuin Hamzah" selepas melangsungkan perkahwinan. Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang diangkat kedudukannya sebagai permaisuri kepada kerabat diraja bagi antara negara paling kaya di dunia.

Majlis perkahwinan mereka juga dikatakan kekal sebagai perkahwinan paling gemilang dalam kalangan artis tempatan sehingga ke hari ini.

Mereka telah memperoleh cahaya mata pertama yang bernama "Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah" pada 7 September 1988. Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu.

 Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien berkahwin sebanyak empat kali iaitu pertama -
Pangiran Anak Istri Pangiran Anak Salma bt Pengiran Anak Muhammad Salleh (14.07.1971 - 1981),

kedua -Dayang Hajjah Siti Ruhaizah binti Ibrahim (20.02.1982 - 1986), ketiga - Dayang Hajjah Mazuin binti Hamzah (11.02.1987 - 2003)

 dan akhir sekali Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato' Hj Nasir (1999 - sekarang-ibu saudara Fazura). Hasil daripada empat perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh puteri.


Jurucakap bagi Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam juga tidak mahu mengumumkan perkara mengenai perceraian mereka kepada peminat atau wartawan kerana bersifat peribadi. Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum beliau berkahwin dengan Sufri.

Selain itu, catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lirik lagu Penjara Cinta hasil nyanyiannya sebelum berkahwin.Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya.

 Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum dia menduduki takhta di istana.

 Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya musim-musim indah yang pernah dilewatinya sudah berakhir.

 Barangkali catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lagu Penjara Cinta nyanyiannya sebelum bergelar orang istana.

Foto terbaru Mazuin

 Sebahagian daripada kehidupan Mazuin diterjemahkan ke dalam lirik Penjara Cinta yang antara lain menyebut...

 bagai merpati Sepi disangkari

 Tiada keindahan

 Tak berteman

 Tiada kebebasan

 Tiada kedamaian

 Hatiku berduka Terpenjara...


 Lirik penuh bermakna oleh Seri Bayu ini bagaikan menjelaskan segala-galanya mengenai kehidupan wanita bernama Mazuin Hamzah.


video ini semasa mazuin buat persembahan di tv Brunei pada tahun 1985,walaupun mazuin sekarang sudah tidak bersama lagi, mazuin masih lagi menetap(istana) di Brunei dan dengar cerita anak anak mazuin bersekolah diluar negeri,dan mazuin juga masih lagi dlm kategori VIP dan pernah kawan aku(admin-manakian nan) terjumpa dia pergi ke Empire Hotel minum bersama anak anak nya dan bersama pengawal peribadinya.mazuin masih seperti dulu tidak lokek melimparkan senyuman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?