Tipu Cara Ashraf Muslim

Apa kata kita singkap kisah cerita yang teramatlah panas sejak awal minggu ini. Apa lagi kalau bukan cerita Ashraf Muslim dilaporkan telah memadukan isterinya apabila dia mengaku berkahwin dengan seorang wanita yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan namanya.

 Ironinya disini, mengapa ketika cerita ini bertebaran beberapa bulan lalu, Ashraf seperti mahu berselindung? Kenapa perlu melarikan diri tetapi dia yang akhirnya dia yang mengaku berkahwin. Murai Batu tidak mahu dikatakan cuba memburukkan keadaan tetapi di mana rasional si Ashraf sehingga dia dilihat sanggup menipu demi kepentingan diri.

 Memang tidak salah kalau mahu berpoligami jika mampu dan layak tetapi merujuk kepada kes Ashraf tersebut, mengapa dia tidak boleh bersabar sehingga mengambil keputusan menipu isteri dan bapa mertuanya dengan mengatakan dia ke Thailand atas urusan kerja.

 Seperti laporan di Metro semalam yang menyiarkan keterangan Lokman Abdul Hamid, bapa mertua kepada Ashraf Muslim yang kesal dengan tindakan menantunya itu apabial berkahwin secara rahsia. Kalau sesiapa pun berada di tempat yang sama mesti kecewa jika diperlakukan sedemikian. Semua pun terkantoi apabila isteri pertamanya Noor Dayana terjumpa dokumen perjalanan Ashraf ke negara gajah putih tersebut.

Mungkin ketika mengambil keputusan in, Ashraf terlupa untuk melihat kembali apakah yang dimaksudkan di sini. Tak payahlah Murai Batu nak kupas disini maksud dan erti sebenar kalau nak kahwin lebih ini kan, nanti orang kata Murai Batu nak jadi Dr Muhaya atau pun Ustaz Azhar Idrus pula.

 Bila sudah terdesak, Ashraf memberikan alasan mengenai zuriat walhal mereka baru sahaja dua tahun berkahwin. Kelihatannya dia seperti mencari alasan untuk membetulkan keadaan dan tindakan yang telah diambilnya itu.

Betul tak apa yang cuba Murai Batu sampaikan ini. Kenapa tidak cuba menjadi seorang gentleman dengan berterus-terang saja kepada bapa mertuanya mengenai rancangan untuk berkahwinan dengan Sakinah.

Walhal, sebelum bapa mertuanya sebelum ini sudah pun tahu mengenai hubungan rahsianya dengan bekas kru produksi terbabit sewaktu mereka menjalani umrah di Tanah Suci Mekah pada tahun lalu.

 Dalam filem Madu 3 misalnya,  P.Ramlee dengan beraninya memberitahu bapa mertuanya bahawa dia akan berkahwin baru, cuma bapak mertuanya pula yang terlalu over sporting memihak padanya.

 kalau susah tak ingat, ikut saja contoh si pelawak terkenal Salleh Yaakob yang pernah membuat sidang akhbar bahawa dia akan berkawin baru dan perkahwinannya itu telah dihadiri, isteri-isteri yang lain.

Baru gentleman katanya, I Follow! Jangan ingat Murai Batu cuba untuk menyalahkan Ashraf Muslim tetapi sekadar memberikan pandangan melalui rentetan kisah selebriti berimej bersih ini.

Tindakan yang dibuat Ashraf seperti tidak kena dengan imej bersih yang dibawanya kini.

 Yang pasti, ambillah cerita ini sebagai iktibar, kadangkala apa yang berlaku kepada kisah hidup selebriti sebenarnya adalah tontonan untuk kita supaya dijadikan pengajaran kepada semua. Kalau jadi kat orang tak glamor sapa nak ambil tahu kan. Tak gitu uols?

 Jadi ingatlah bahawa setiap daripada kita pasti tak akan lari daripada melakukan kesalahan. Berwaspada dan cuba untuk muhasabah diri dalam mengambil keputusan ok. Selamat menunaikan ibadah puasa semua,

Assalamualaikum!

Kredit:Muraibatu


p/s  Bukan tidak sokong dengan isu poligami,dah itu hak lelaki,apa lagi yg boleh dipertikaikan....cuma bila bab tipu menipu ni timbul...pastinya hati terguris bagai dihiris sembilu....tak baik la tipu2 ni....bukankah tercalar imej bersih Ashraf selama ini.....

haddoooyy dik oi...lain kali pikir dulu la...hilang nak bahgia.....dah makin serabut..

Ulasan

  1. apa2pun mereka ada sebab musabab mereka yang tersendiri...kita doakan yang baik2 sajalah... soal rumahtangga mereka biar mereka selesaikan sendiri... ^_^

    BalasPadam
  2. huhu..bila dah jadi artis segalanya jadi perhatian dr sekecil2 hingga ke besar2..:)

    BalasPadam
  3. Tu la bila bapak mertua control sgt.. Bagus la Ashraf.. Ajar sikit org tua tu.. Keputusan di tangan anda.. Kalau ikutkan bapak mertua dia lagi kuat menipu.. Tipu org2 sakit dgn jual ayat suci..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Tahniah buat Ashraf.. Sekurang-kurangnya dia berani bertindak.. Inilah akibatnya terlalu dikongkong oleh bapa mertua.. Bapa mertua dia lagi kuat menipu.. Menjual ayat2 quran kepada org2 dalam kesakitan.. Menipu org2 kampung dan sombong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke??x tahu pulak akak bab bapak mentua dia tu

      Padam
    2. Bapak mertua dia buka satu pusat rawatan di gombak mulanya dan akhirnya maju berpindah ke setiawangsa.. Dia dan Ashraf bertindak sebagai perawat.. Baca ayat2 quran dan minta minum air mineral.. Ada yang cuma dapat sekeping kertas dan minta amalkan.. Appointment nak jumpa makan masa 2 3 bulan.. Kesian org2 kampung datang dari setiap pelusuk tanahair semata2 nak berubatkan macam2 jenis penyakit.. Mungkin ada yg sembuh diluar pengetahuan saya.. Cuma Allah sahaja yang mengetahui.. Tapi rasanya lebih 80% org yang datang berubat tidak sembuh.. Cuma dari pemerhatian saya.. Saya tidaklah membuat siasatan terperinci kerana saya tidak mempunyai kuasa menyiasat.. Tapi apa pun kesian pada org2 yg dtg berubat dgn mereka..

      Padam
  6. owh ye ke..nak berubat orng dengan cara begitu bukannya senang,hanya yg benar2 mampu saja,kalau setakat ubat cara doakan melalui air,kat kampung2 pun ramai yg pandai,cuma tak dikomersialkan je,tak yah tunggu appointment pun...orng yg datang bertali arus..dan setakat ni ada yg sembuh ada juga yg tidak,semuanya kuasa Allah..kita cuma berusaha...

    Apa2 pun tak baik hampakan harapan orng2 yg datang dari jauh...

    BalasPadam
  7. Maaf mencelah... saya antara yang pernah mendapatkan khidmat di pusat perubatan syifa Haji Lokman ni... mmg btol setiap kali dtg kena bawak air mineral dan diberi ayat2 Al Quran utk diamalkan setiap pagi dan malam. Maaf yer... saya tak tahu pengalaman orang lain. Ayat2 yang saya amalkan saya baca sekali tafsirnya. Alhamdulillah. Hati saya lebih tenang untuk hadapi dugaan penyakit yg dihadapi. Dan Allah menyembuhkannya serta memberi anugerah berharga buat saya.

    Pendapat saya... Tak perlu la nak menuduh yang bukan2. Kita bukan berada di tempat mereka. Kita pon x layak menilai manusia...

    Maaf yer... sekadar perkongsian pendapat

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!