Header Ads

'Payung Emas' Dayana

loading...
SAYA belum bersedia untuk ditemuramah," pinta Noor Dayana Lokman, 26, ketika diminta mengulas kemelut yang sedang dihadapi bersama suaminya, Mohd. Ashraf Muslim, 32. 

Enggan berbicara lanjut, Dayana menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bapanya, Lokman Abdul Hamid, 54, mengkhabarkan bahawa dia dalam keadaan baik. 

 Dayana yang sedang mengikuti latihan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini menambah dia gusar seandainya sebarang kenyataan yang dikeluarkan bakal menambah buruk keadaan. Tambahan pula pada waktu ini topik perkahwinannya sedang panas dibincangkan dalam kalangan pengikut industri hiburan tempatan terutama selepas suaminya berkahwin secara senyap-senyap dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu. 

 Permintaan Dayana itu turut disokong oleh Lokman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang beroperasi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Bagi Lokman anak keduanya itu adalah seorang yang tabah. 

Cukup bersesuaian dengan makna nama Dayana dalam bahasa Arab yang bermaksud gagah perkasa. "Ana (panggilan untuk Dayana) tahu di mana duduk tempatnya sebagai isteri yang perlu berada di sisi Ashraf. Walau macam mana teruk perlakuan Ashraf terhadap Ana namun dia tetap setia bersama suaminya. Ana seorang anak yang penyabar.

 "Kalau nak tahu Ana pernah ditahan di hospital sebab terlalu tertekan gara-gara membaca surat permohonan untuk berpoligami daripada Ashraf pada April lalu. Dia memang tak menyangka suaminya itu sanggup bertindak sebegitu. 


 "Dan apa juga penderitaan yang dialami Ana itu sama sekali tidak pernah dikongsi bersama saya mahupun ibunya (Normah Mohamad).

 "Ana memang seorang yang berahsia. Tidak pernah sesekali membuka cerita perkahwinannya atau memburukkan suaminya di hadapan kami sehinggalah kejadian pada 9 Julai lalu sebaik sahaja kepulangan Ashraf dari Thailand," kata Lokman pada pertemuan Khamis lalu. 

 Pada waktu itu Dayana yang sedang mengemas rumah menemui jadual penerbangan ke Thailand yang turut tertera nama Wan Sakinah di dalam beg Ashraf. 

 Bagaikan dihempap batu, kepercayaan Dayana terhadap Ashraf terus punah kerana suaminya pernah memberitahu mahu ke negara itu atas urusan perniagaan. Setelah didesak beberapa kali, akhirnya Ashraf mengakui bahawa pemergiannya itu atas tujuan perkahwinan bersama Wan Sakinah. Dayana berasa ditipu oleh suaminya sendiri. 


 Terlalu banyak penipuan PADA masa yang sama Lokman mengakui bahawa dia amat mengharapkan agar menantunya itu segera menginsafi kekhilafan dibuat sebelum ini. Namun tanggapannya meleset apabila keadaan semakin teruk dan banyak penipuan secara terang-terangan dibuat di media. 

 Antaranya adalah mengenai kesetiaan Ashraf terhadap isteri sedangkan menantunya itu bermain kayu tiga. Begitu juga dengan alasan penarikan dirinya sebagai Ketua Pegawai Operasi dan pengamal perubatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah selain kes berpoligami secara sembunyi yang disifatkan oleh Lokman sebagai keterlaluan. 

 "Berkahwin senyap-senyap di Bangkok adalah satu tindakan yang sangat keterlaluan dan mencalarkan maruah kami sekeluarga. Ashraf seperti memperbodoh- bodohkan kami. "Dia telah mengecewakan hati banyak pihak. 

Pada mulanya saya enggan membuka pekung di dada. Tapi apabila keadaan bertambah teruk, saya tak punya pilihan bersuara," kesalnya.
Loading...

2 ulasan:

  1. Penat tengok payung emas. Saya nak berlindung bawah payung biasa aja.

    BalasPadam
  2. hhmm..akak pun sama,payun biasa pun dah ok

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.