Lawati Laman Web Prince Goerge Alexander Louis

Lawati Laman Web Prince Goerge Alexander Louis

Loading...
Zurich: Seorang ahli perniagaan Switzerland mendaftarkan nama bayi diraja Britain sebagai alamat laman web sebelum nama bayi itu diumumkan. 

 Luc-Andre Biggs mendaftarkan nama http://www.georgealexanderlouis.com/ pagi Rabu lalu, hanya beberapa jam sebelum pengumuman nama putera diraja Britain yang baru itu dibuat.

 Biggs berbuat demikian selepas mencampurkan nama yang diramalkan agensi judi yang berpangkalan di Britain, lapor akhbar mingguan Switzerland Handelszeitung. Biggs, 32, menyara hidup dengan meneka nama alamat laman web yang bakal menjadi popular sebelum menjualnya kepada pelanggan.

 Dengan mendaftarkan nama anak lelaki Duke dan Duchess of Cambridge, George Alexander Louis dua hari selepas kelahirannya pada 22 Julai lalu, bekas ejen hartanah berkenaan sudah menambah satu lagi nama alamat kepada 600 nama yang sudah dimilikinya.

Catat Ulasan

0 Ulasan