Header Ads

Jom Kenali Siapa Sebenarnya Suami Abby

loading...
Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

 Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

 Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

 Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

  Sehebat mana kita merancang, 

Selama mana kita menunggu, 

Sekeras mana kita bersabar, Sejujur mana kita menerima dirinya,

Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya, 

Kita tidak akan bersamanya. 

Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya, 

Kita tetap akan bersama dirinya, Kerana tulang rusuk & pemiliknya, tidak akan pernah tertukar & akan bertemu pada saat yang tepat. 

 Menurut ilmuNYA, tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua. 

 Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan 

 Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.


Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut: Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan.

 Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.

Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri. 

 Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini. Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri! 

 Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya. 




 sumber:mynewshub
Loading...

8 ulasan:

  1. Sememangnya Abby seorang yang tabah. Walaupun pernah ditinggalkan suami dan cuba dikritik kerana cuba menjadi ustazah, beliau tiada rasa malu, malah masih mempunyai keteguhan hati dan keyakinan diri untuk mencari populariti yang baru. Semoga jodoh yang ditentukan Allah ini kekal dan bahagia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abby mmg tabah..walau suami dirampas,dia tetap berdiri teguh demi anak2,w/pun sedikit meroyan ketika itu,andai nya akak berada ditempatnya,entah bagaimana jenis meroyan agaknya yg akak hadapi

      Padam
  2. boleh je kawin muda, tak ada apa salahnya. Jangan nanti lepas beberapa tahun, meroyan-royan dalam FB dan Blog macam dulu-dulu. Mata ni kalau kerana cinta memang buta. Tengah manis semuanya baik....Whatever, bahagialah hendaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..rindu ngan meroyan Abby..

      Padam
  3. setuju.. kita doakan yang terbaik untuk mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah..w/pun umur suaminya lebih muda,mana tahu seandainya suami Abby lebih matang dari usianya

      Padam
  4. hope jodoh yg kedua ni berkekalan..amin

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.