Header Ads

Dayana Tidak Rela Dimadukan Asyraff Muslim

loading...
Lokman Abdul Hamid, 52, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf Muslim berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.

Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.

Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai. Kami sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha.

Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand. Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting.

Dia pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya. Tambah Lokman, Noor Dayana, 26, hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya.

Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok. Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam.

Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah. Sukar juga memberi pendapat berkenaan perkara ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di harap Dayana dapat bersabar dengan pilihan yang dibuat oleh Asyraf, semua pasti ada hikmahnya. Ikuti temuramah Harian Metro, di sini:-


Loading...

4 ulasan:

  1. Inilah naseb org pompuan kan kak..ape nk buat ..redha je la..kalo m3h jd dayana,m3h tgglkan aje si ashraff tu..byk lagi lelaki lain..lgpun dayana tu muda lg..berpelajaran tggi..

    BalasPadam
  2. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...ntah apa yg ada difikiran Dayana skrng,hanya dia yg tahu..

    BalasPadam
  3. sedih..kalau alasannya nak anak, memang tak patut. Kawan saya, lepas 10 tahun kawin, baru dapat anak, tapi laki dia tak pulak cari lain. Hmmmm.....Ni, baru berapa tahun je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la tu,sbgi suami mmng dia ada hak untuk berkahwin lagi satau dan satu..cuma yg x betulnya,caranya menipu tu..apa salahnya bagitau...rasanya kalau diberitahu terlebih dahulu,pastinya Dayana tidak sekecewa itu..dan akak mmg pantang besar kalau lelaki penipu....haish...

      Padam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.