Cinta Abby-Farhan berputik di pasar raya

“Ajal maut dan jodoh adalah rahsia Allah dan saya tak sangka kami bernikah secepat ini kerana baru dua minggu berkenalan. Tetapi, itu ketentuan Allah yang tiada siapa mampu menolaknya,” kata Abby Abadi yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Abby sudah lima tahun hidup bersendirian selepas bercerai dengan aktor Norman Hakim. Menceritakan detik indah pertemuannya dengan jejaka itu, menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 36, mereka bertemu di sebuah pasar raya di ibu kota dan masing-masing saling berpandangan.

                                             ABBY bersama suaminya, Farhan. 

“Pada pertemuan yang tidak disangka itu kami saling memandang dan mengerling antara satu sama lain. Selepas itu adalah dua tiga kali kami berhubung kerana saya sibuk menguruskan butik Muslimah di Taman Melawati.
                                             FARHAN bersama Abby dan anak-anak. 

 “Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram. 

Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya.’

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!