Header AD

Anak Masuk Hospital, Adi Putra Tak Datang Melawat?

Baru-baru ini anak pelakon terkenal, Adi Putra dikhabarkan telah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan dan berikutan insiden tersebut, terdapat desas desus mendakwa kononnya aktor kacak berkenaan langsung tidak hadir ke hospital bagi menjenguk anakanya serta menyerahkan segala tanggungjawab menjaga bayi itu kepada isteri.

 Akan tetapi sewaktu bertemu dengan pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini petang semalam, Adi telah menjelaskan bahawa hanya isterinya sahaja yang tahu perkara sebenar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit. 

Hanya isteri sahaja yang tahu. Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di hospital, tapi mungkin orang akan fikir, itu hanya sekadar di bibir tapi hati cakap lain. Jadi, asalkan saya tahu, isteri dan anak tahu perkara sebenar itu sudah cukup. 

 Menyentuh lebih lanjut mengenai isu anak, pelakon ini turut dilihat terlalu menjaga eksklusiviti bayinya itu sehingga jarang mendedahkan bayi comel tersebut kepada umum. Bagi menjawab persoalan berkenaan, Adi Putra sendiri akui dia memang risau untuk mendedahkan identiti sebenar anaknya itu kepada orang ramai kerana khuatir akan keselamatan bayi tersebut dan dalam masa yang sama, sikapnya sendiri memang tidak gemar untuk memuat naik foto-foto anaknya itu menerusi laman Instagram seperti kebanyakan artis lain. 

Sebelum ini pun saya tak pernah nak umumkan dia siapa. Tapi umum tahu anak itu sebenarnya siapa. Bagi saya untuk popular itu senang, tapi untuk memikul gelaran popular itu bukan senang, tambah-tambah lagi anak. 

Bila dia membesar dengan orang sekeliling dan masuk pula ke sekolah, orang akan tanya pada dia macam-macam, jadi nanti dia akan berhadapan dengan waktu yang sukar.

 Mungkin ada perkara boleh kongsi, tapi tidak semua. Seperti apa yang saya buat sekarang. Tambahan pula saya memang jarang nak muat naik gambar anak. Itu memang cara saya. Tapi kalau isteri nak muat naik, biarkanlah. Itu hak dia dan saya hormat. 

 Untuk makluman, pada Oktober tahun lalu Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof telah mengambil bayi perempuan comel iaitu Zara Adelia Haadi sebagai anak angkat mereka.






Oh Bulan.....
Anak Masuk Hospital, Adi Putra Tak Datang Melawat? Anak Masuk Hospital, Adi Putra Tak Datang Melawat? Reviewed by kak tie on 5:44 PTG Rating: 5

6 ulasan

  1. TAPI anak dia mmg comel kan ??? :) mungkin adi putra fikir ape kesan kalau dia terlalu menonjolkan sangat anak dia , macam mana mase budak tu da besar nnty .. betul x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. seandainya mereka ikhlas memelihara budak ni,insyaallah takkan jadi masaalah besar dimasa2 akan datang,contoh dah banyak,kdg2 anag angkat jauh lebih baik dari anak kandung sendiri..

      Padam
  2. kalau Adi xpi melawat...xpelah...bagi Kak Tie jer pi melawat... :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..kalau dekat2 teringan gak nak p lawat..maklum anak artis la katakan...

      Padam
  3. macam rupa wife dia dah skg..itulah kuasa Allah kelebihan dan nikmat membela anak angkat

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu..hhuurrmm..akak pun anak angkat..dah banyak terikut2 rupa sebelah keluarga ayah angkat...kuasa Allah...

      Padam

jerit kat sini

Post AD

loading...