Episod Sedih Hairie Othman Bermula Selepas Selepas PRU13

Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR), pelakon Hairie Othman betul-betul rasa kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 5 Mei lalu.
Beliau mengakui sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam PR. Ujarnya dengan nada kesal:

Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan.

Baru-baru ini di akhbar Warta Perdana, pelakon Hairie Othman mendakwa sebelum pilihanraya, dia rancak dipanggil oleh mereka untuk memberikan ceramah tentang PR kepada umum lantas memberinya peluang pendapatan.


Sejak menyertai PAS dia tidak lagi dipanggil berlakon dan meninggalkan lakonan yang menjadi sumber pendapatannya sebelum ini dan menumpukan kepada membantu PR memenangi pilihanraya.


Sejak menyertai PAS, Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu PR menghadapi PRU 13. Sebagai ketua keluarga, berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya dan semua keperluan itu dapat dipenuhi apabila sering dipanggil berceramah oleh PR.


Mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah PR, pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga. Namun kata Hairie:
                                    
Saya pelik sebaik selesai PRU 13, PR tidak lagi hubungi saya, padahal mereka diberi mandat memerintah Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Dia berkata dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya. Katanya:-
Saya berharap kerajaan PR perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekerjaan kepada saya mengendalikan apa jua program kerajaan di Selangor.

Kata Hairie lagi, kerajaan PR perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tender potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.


Malah menurutnya, sejak menjadi penceramah tetap PR Hairie seolah-olah disenarai hitamkan dalam bidang seni dan sejak itu tidak menerima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.


Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan PR mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Sangkaan saya meleset sama sekali, BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu. Harapan saya cuma minta kerajaan PR berikan sesuatu job pada saya.

Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya PR sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13 beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

Sebagai aktivis Pakatan, saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon PR, tidak kira PAS, DAP atau PKR. Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam, berlarutan sehingga ke pagi.

Sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon PR.
Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang,diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi.

Secara sinis Hairie berkata,siapalah dirinya, hanya aktivis PR sahaja,bukanya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen.
Sebab itulah saya tidak dipedulikan.

sumber:BN

Ulasan

  1. aisk..macam2 la artis skrg ni. kdg2 rasa mcm nak raih simpati je bila diorang buat camni kak..

    BalasPadam
  2. tak kisah la hairie sokong parti mana pun...jangan la nak mengharap duit dari berceramah seolah2 join PR untuk dpt duit dari ceramah n dpt tender..cam x ikhlas je join PR...

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!