Kesian Tok Mun,Siapa Tipu Tok Mun

Kesian Tok Mun,Siapa Tipu Tok Mun

Loading...
                              

KUALA TERENGGANU: Malang bagi calon tertua, Maimun Yusuf, 94, apabila dia terpaksa pulang berjalan kaki kira-kira satu kilometer ke rumahnya di Kampung Panji Alam selepas menjadi mangsa penipuan kenalannya sendiri.

Dia yang lebih mesra dipanggil 'Tok Mun' terpaksa berjalan pulang selepas individu yang diupah untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman menghilang dirikan bersama wang upah yang diterima sehari sebelum hari mengundi.


Tok Mun berkata, dia mula risau selepas kenalannya itu tidak muncul-muncul sehingga jam 9.30 pagi sedangkan dia sudah bersiap-siap untuk keluar mengundi seawal jam 7 pagi.

"Semalam (kelmarin) tok dah bagi duit upah dan dia berjanji untuk datang ambil di rumah jam 9 pagi. Tetapi selepas jam 9.30 bayang-bayangnya pun tak nampak menyebabkan tok terpaksa minta bantuan dari jiran lain untuk hantar ke pusat mengundi.

"Nampaknya terpaksalah balik jalan kaki sebab dah kena tipu," katanya.

Maimun Yusof yang bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Kuala Terengganu (PO36) tiba di pusat pengundian kira-kira jam 9.40 pagi dan membuang undi pada jam 9.42 pagi.

Walaupun ramai petugas media yang simpati dan menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, Tok Mun tetap menolak dan bergegas pulang sebaik selesai menunaikan tanggungjawabnya.

p/s sudah2 la Tok...kesian saya tengok...siapalah yg tergamak mempergunakan orang tua tu

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tok Mun jugak yabg best. Terkena tipu mcm tu, masih dikira kecil.. Harap2 jumpa lagi di PRU akan datang
    Much respect Shere G+

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. kasihan tok mun. siapa punya angkara ntah. tak baik buat gitu :(

    BalasPadam

jerit kat sini