Rani Mukherjee Tak Berani Pandang Mata Aamir Khan!


                        
Aktres Rani Mukherjee mengakui bahawa suatu ketika dulu, dia memang tidak mampu untuk bertentang mata dengan aktor Aamir Khan. Ketika itu, mereka digandingkan bersama dalam filem Ghulam (1998). Pada waktu itu, Rani Mukherjee adalah seorang pelakon baru, manakala Aamir pula sudah berjaya dengan beberapa filem seperti Qayamat Se Qayamat Tak, Dil dan Jo Jeeta Wohi Sikander

Selepas Ghulam mendapat sambutan, mereka telah digandingkan sekali selepas 7 tahun dalam sebuah filem epik drama, Mangal Pandey yang tidak berapa begitu berjaya.

Menceritakan pengalamannya menjayakan Ghulam bersama Aamir, Rani berkata, sewaktu menjayakan filem saya yang pertama itu bersama dengan dia, saya asyik memandang kasutnya saja kerana takut dan gementar.

"Saya adalah peminat besar Aamir Khan dan pernah menyukai dia. Waktu saya menonton filemnya, QSQT (Qayamat Se Qayamat Tak), saya amsih lagi berada di sekolah.

"Saya cukup gementar melakukan adegan romantik dengan dia. Saya memandang kasut dia sebab tidak mampu bertentang mata dengannya kerana saya takut dan bimbang saya akan jatuh cinta dengan dia.


"Sekarang ini, bila saya asyik tidak lepas-lepas memandang dia, dia pula yang meminta saya untuk tidak berbuat demikian," katanya telah digandingkan lagi dengan Aamir Khan dalam filem thriller Talaash iaitu filem ketiga mereka selepas tempoh 14 tahun.

Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!