Header Ads

Psstt..Azhar Sulaiman Yang Kiut...Cer Jawab Sket Isu Panah Petir Tu!

loading...
Azhar Sulaiman...'suara' silent majority yang fedup terus diperbodohkan

                           
Azhar Sulaiman tidak masuk kategori artis yang suka bikin kontroversi.

Dia dikira antara artis yang ada stail.Penampilannya corporate look.Selain artis,Azhar juga mempunyai profesion tetap sebagai seorang arkitek.

Kalau tak silap...sebelum ini tak pernah dengar pun kisah dia enter frame cakap pasal politik.

Namun tiba-tiba menjelang pilihanraya umum ke 13,Azhar sudah bikin gegar dan panas hingga buat puak pembangkang jadi tidak senang duduk.

Berbanding dengan ramai artis lain yang diketahui turut menyokong Barisan Nasional,nampaknya dia mengambil pendekatan yang agak sempoi.

Dia bergerak secara solo untuk menghentam apa yang dilihatnya tidak betul dalam pakatan pembangkang. Senjatanya ialah menerusi alam siber yakni laman facebooknya,twitter dan youtube.

Paling sensasi dia secara terbuka kata yakin video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Mustapha Ali adalah benar.

Dalam satu rakaman pandangannya menerusi youtube Azhar berkata dia dan kawan-kawan dalam industri penerbitan filem sendiri pelik bagaimana mereka terror betul boleh kata boleh kata video itu fitnah dan video itu boleh dibuat.

Menurutnya malah kalangan artis dan kakitangan penerbitan filem yang sokong pembangkang pun kata ia mustahil boleh buat video begitu.

"Kalau ia boleh dibuat kenapa tidak buktikan kepada kami ia boleh dibuat,"katanya.

Ini antara yang buat penyokong tegar jenis kaki buta mata dan pekak telinga pakatan pembangkang naik geram. Pagi Ahad (semalam) laman facebooknya tiba-tiba hancur kena hack. "Suara saya buat semua orang bersuara. Pembangkang takut saya hasut ramai orang tentang mereka. Sekurang-kurangnya saya dapat perhatian dari orang atas dalam politik," kata Azhar kepada Agendadaily.

 Apakah ini kerana ada yang naik seram bila pelakon asal Bentong ini telah mencetuskan fenomena di laman facebook dengan komen-komennya yang berani mati? Malahan beberapa hari lalu, sebuah video ala gwiyominya tentang video seks pemimpin pembangkang adalah entri yang paling panas di facebook. 
Tambah kapsyen
Video pendek yang sangat "cute" itu menyaksikan Azhar bercakap mengenai video seks yang dikaitkan dengan dua pembesar pakatan pembangkang . Azhar hanya melontarkan satu soalan yang sangat mudah - anda buat atau tidak. Itu saja." Selepas mendapati laman facebooknya sudah hilang di alam maya, pelakon berusia 42 tahun itu dalam twitternya, mengulangi apa yang ditulis dalam status facebaooknya awal minggu lalu yang berbunyi ;

 "Saya sanggup kena panah petir kalau saya bersalah fitnah Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali." Selain seks, komen-komen berupa sindiran tentang agama juga juga tidak terkecuali dalam facebook Azhar. Antaranya, dia menulis secara sindiran berbunyi :

 "Assalamualaikum Ustaz, saya sudah murtad sebab saya bukan orang UMNO." "Selepas itu ramai yang hentam saya, ada yang kata saya terpesong dan ada pula kata saya main-mainkan agama. Ini zaman alaf baru, zaman media sosial di mana bila kita ada pendapat dan pandangan, kita boleh bercakap terus. Media sosial ini saya buat macam yellow pages," kata Azhar. 

 Dia sedar tulisan dan komen yang dibuatnya pasti kurang disenangi, terutama para penyokong pembangkang. Ramai yang masuk ke laman facebooknya dengan komen-komen negatif, tidak kurang yang memaki hamun dan ada yang menulis, "sudah tidak minat dengannya." Semua komen-komen itu dibiarkan, malah dia tidak pun 'delete" komen-komen yang tidak menyokong itu. 
                  "Kita berada di sebuah negara yang demokrasi. Saya juga bersuara atas landasan ini dan saya hanya sekadar pengguna fb biasa yang mengutarakan apa yang ada dalam pemikiran saya. "Saya tidak delete kutukan dan tohmahan. Bagi saya itu adalah ciri-ciri orang yang perasan dia cerdik. Saya tahu, banyak yang masuk itu, yang tidak ada nama sebenar adalah cyber troopers pembangkang," katanya. Ironisnya, kata Azhar, wall facebooknya itu telah dihangatkan oleh orang-orang pembangkang. 

 "Saya fikir begini. Kalau apa yang saya tulis itu tidak betul, tidak bagus, just ignore sajalah saya. Apa susah? Saya ni siapa? Orang biasa. "Tapi, ibarat kata orang putih, yang benar itu menyakitkan. Jadi, saya sebagai pencetus kepada pemikiran sesuatu isu, saya lontar sesuatu untuk ajak orang berfikir," jelasnya. 

 Dalam sehari, Azhar akan hantar antara satu hingga enam posting untuk status facebooknya, sekalipun seringkali dia berada di luar rumah. Ketika ini dia sedang mengikuti penggambaran sebuah drama 26 episod bersama Bright Network. Pada masa yang sama juga, 

Azhar menjadi pengacara untuk sebuah rancangan yang dirakam secara langsung, "My Ekspresi" untuk RTM2, setiap Sabtu, 9 malam. Terhadap isu siapa lebih Islam, Azhar mengakui dia rimas dengan cara penyokong pakatan pembangkang yang melihat orang lain, sebagai tidak berjiwa Islam. "Saya pernah tulis, "Assalamualaikum Ustaz, saya ini sebenarnya sudah murtad sebab saya orang UMNO." 

 "Ekoran komen itu, saya dikatakan sudah terpesong dan ramai yang kata saya mempermain-mainkan agama. Sedangkan sebenarnya ia adalah satu sindiran pada mereka kerana kononnya Pas itu lebih Islamic dan orang UMNO tidak. Ini buat saya rimas," terangnya. Ternyata, tidak ada apa yang boleh menahannya dari menyuarakan pandangan, kritikan terhadap pembangkang.                Berdepan dengan segala cabaran ini dia ternyata tidak gentar jika hilang peminat terutama kini setelah pendiriannya, sangat menyokong kerajaan, sudah bukan rahsia lagi. "Saya sudah sampai tahap tak tidak kisah. Tapi sebenarnya sekarang ini, ramai yang jumpa saya datang salam. Ada yang peluk. Tidak semena-mena saya jadi hero untuk orang biasa di alam facebook. "Baru-baru ini masa tengah makan, dua lelaki datang pada saya, minta bergambar sambil kata, teruskan perjuangan," katanya. Dan setelah facebooknya dihack, 

Azhar berkata dia tidak akan berhenti dari menyuarakan pandangan. Buat masa ini, dia menggunakan laman twitter. "Ini strategi mereka, untuk melemahkan semangat dan emosi. Ini tidak akan membuat saya berhenti," kata Azhar. Apa yang pasti, Azhar tidak gentar, malah memberikan dia keyakinan bahawa kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh pembangkang adalah sandiwara semata-mata. "( Dakwanya) Pakatan rakyat halang hak saya untuk bersuara. 

Inikah demokrasi dan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara tidak wujud. Mengapa suara saya dihalang? Adakah kerana suara saya yang lantang jadi ancaman kepada kejayaan pembangkang untuk tawan Putrajaya? "Mereka boleh musnahkan facebook saya.

 Tapi saya tetap akan menyatakan, marilah kita undi BN." Apakah Azhar yang selama ini diam melihat gelagat pembangkang terdiri dari kalangan the silent majority yang merasa diri mereka semacam terus menerus diperbodohkan. Azhar mungkin antara tampil ke depan kerana dah tak tahan kot melihat segala sandiwara ' it look like me but its not me'. - 


 OLEH SAODAH ISMAIL-29/4/2013
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.