Header Ads

Datuk K Muncul Kembali Selepas Kemalangan

loading...
                       
PUTRAJAYA, 18 APRIL 2013: Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa atau Datuk K, semalam telah membuat kemunculan pertamanya di khalayak ramai selepas berehat kira-kira 5 bulan akibat kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, suami kepada penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza itu tampil menemani isterinya ke Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanahair di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Datuk K ketika ditemui berkata dia bersyukur kerana sudah semakin pulih, tetapi masih melakukan rawatan terapi untuk tangan dan leher. Menurut usahawan itu, beliau mungkin memerlukan masa sebulan dua lagi untuk pulih sepenuhnya.

Datuk K bagaimanapun memberitahu dia kini sudah mula memasuki pejabat untuk melakukan tugasannya setelah berehat panjang.

"Hari-hari saya kena buat terapi, pergerakan saya masih terbatas terutama di bahagian leher. Bahagian lain bagaimanapun Alhamdulillah sudah semakin pulih," katanya.

Datuk K terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi Disember tahun lalu. Beliau telah menjalani rawatan dan pembedahan di Hospital Southland, Invercargill di New Zealand sebelum menerima rawatan lanjut di Kuala Lumpur.
Loading...

2 ulasan:

  1. dah lama kan?
    still tak sembuh spnuhnya lg?
    moga cpt sembuh dato K

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.