Header Ads

Siti Nurhaliza Berehat Panjang Kerana Jaga Suami

loading...
                                    

Siti akan kembali aktif dalam bidang seni pada April depan selepas keadaan suaminya benar-benar pulih. Foto NORAFIFI EHSAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan terus berehat daripada sebarang persembahan sehingga penghujung Mac ini untuk menjaga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand pada 13 Disember lalu.

Menurutnya, keadaan Khalid, 53, atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K semakin pulih tetapi perlu menghadiri lebih banyak sesi fisioterapi di hospital.

"Alhamdulillah, proses rawatan berjalan lancar dan lebih menumpukan pada bahagian tangan. Sebagai isteri, saya perlu berada di sampingnya untuk membantu menguruskan kehidupan seharian seperti mandi dan makan," katanya pada sidang akhbar sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan di sini semalam.

Tambahnya, pengalaman menjaga suami semasa sakit menyedarkan beliau betapa sukarnya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

                       

"Rutin saya kini lebih kepada menemaninya membuat rawatan tersebut selain membantunya dalam melakukan sesuatu yang melibatkan tangan kanan dan keperluan sehariannya.

"Baru tahu betapa susahnya menjadi seorang suri rumah dan menjaga keperluan suami sepenuh masa.

"Bagaimanapun saya berbesar hati kerana dapat menjaga sendiri suami dalam keadaannya yang memerlukan sokongan daripada isterinya," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Royale Bintang, Siti berkata, beliau amat berbesar hati dipelawa menjayakan acara berkenaan.

                                     
Loading...

6 ulasan:

  1. Apa cerita Siti.. Rancangan Sitiooosom adalah program TV paling mengarut.. Berkejaran antara lelaki perempuan dan berpelukan antara bukan muhrim.. Hiburan bukanlah lesen untuk kita melakukan perkara tidak senonoh begini.. Penonton yang terdiri dari kalangan makcik-makcik pun boleh bersorak dan bertepuk tangan melihat aksi-aksi tak senonoh macam tu.. Carilah idea yang lebih bernas..

    BalasPadam
  2. @Ahmad Albab
    Sitioosoomm??akak x pernah pun dgr rancangan tu,lihat apatah lagi..tapi kalau ianya benar mmg x patut sangat la,Siti kena pikir balik mengenai rancangan tu..

    BalasPadam
  3. @Ahmad Albab
    oo..ingin nak nengok rancangan tu..channel brp..hari apa yek?

    BalasPadam
  4. Hari rabu 10 malam Astro Prima.. Siap promo lagi ni.. Sama-samalah kita nilaikan..

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.