Header Ads

Shila OK Dah Tu...

loading...

GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.



Dia kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi dan bapanya itu tetapi enggan mengulas mengenai kemelut itu. Tetapi, Shila tetap melayan peminatnya di perkarangan hotel itu.

Shila, 23, yang sebelum ini 'menghilangkan' diri sejak tujuh hari lalu kerana tertekan dengan konflik percintaannya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Difahamkan, Shila menghubungi bapanya yang juga penyanyi dan pengacara, ND Lala, 53, selepas berita ND Lala membuat laporan polis mengenai kehilangan Shila disiarkan akhbar, semalam.


Akhbar melaporkan ND Lala membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis

Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu anak sulungnya itu menghilangkan diri.


p/s..cantik je gimik Shila
Loading...

4 ulasan:

  1. Masalah takkan selesai kalau menyorok atau lari ke luar dari dunia sekali pun. Hadapi dan tangani.

    BalasPadam
  2. Masing-masing ada kepentingan.. Seorang panas baran dan seorang lagi hanya mengharapkan sumber rezeki dari anak.. Media menjadikan shila sebagai mangsa.. Sebagai bapa yang ada maruah perkara sebegini tidak memerlukan media sebagai perantara.. Berjumpa dan berbincang dengan kekasih anaknya dan bagi tempoh masa untuk berubah.. Jika tiada perubahan putuskan perhubungan.. Masing- masing melalak di media hanya menunjukkan kebodohan masing-masing.. Dan kenapa perlu melarikan diri jika anda di pihak yang betul?

    Jangan jadikan diri kita bodoh dengan cerita yang remeh sebegini untuk mengharapkan simpati.. Kepada sibapa jadilah manusia yang lebih dewasa dan bijaksana..

    BalasPadam
  3. @Ahmad Albab
    pada saya mereka macam mencari gimik murahan..semua hal2 dalaman keluarga terbongkar sedikit demi sedikit...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ... saya meletakkan diri ditempat shila ... antara kekasih hati dan keluarga yang menghalang ... nak melepaskan cinta yg dah bertapak di hati bukan mudah ... sgt mengambil masa ... ibu bapa lak ... redha allah terletak pada redha ibu bapa ... jadi dia perlukan ruang untuk diri sendiri mencari ketenangan ... nd lala seharusnya percaya pada anak lebih dari org lain . so tak timbullah pi report dan heboh kat media

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.