Header Ads

Rahsia Terbongkar!!Macam-macam Fizz Fairuz Ni

loading...

                     
Fizz telah bertunang dengan wanita yang sudah pun bersuami pada 10 Februari lalu.


PETALING JAYA: Ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.

“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu. Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas mereka bernikah di Thailand,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro pada Rabu.

Fizz juga menganggap dia benar-benar tertipu dan berasa hairan perkenalannya yang singkat dengan wanita berkenaan telah membuka hatinya untuk bertunang berbanding hubungannya dengan pelakon Almy Nadia yang sudah terjalin selak tujuh tahun lalu.

Malah Fizz juga memohon maaf kepada Almy Nadia kerana kejadian itu termasuklah kepada semua pihak.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.

"Kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Pertunangan Fizz,34, secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27.

Sementara itu, Almy Nadia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu masuk campur berkaitan urusan pelakon lelaki itu lagi.

Memetik laporan mStar Online pada 14 Februari lalu, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.

Wan Akashah juga turut menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum untuk mengelak sebarang prasangka.

p/s Agak2 lah kalau nak cari bini sekalipun,jangan pakai redah jer tanpa selidiki dulu latar belakang...kan tak pasal-pasal..da kantoi....kesiaaannn
Loading...

5 ulasan:

  1. Dah nasib...apa buleh buat. Nasib baik baru bertunang.
    Pengajaran buat semua...selidik dulu latar belakang dan keluarga sebelum bertindak, jgn sampai tersalah langkah...

    BalasPadam
  2. ASSALAMUALAIKUM ... maka benarlah janji Allah ... segala perbuatan kita kat dunia ni dibayar cash ... klu baik , baiklah kita dapat ... klu buruk , buruklah Allah beri ... klu kita mainkan perasaan org , org akan mainkan perasaan kita juga nanti ... sekadar muhasabah diri ...

    BalasPadam
  3. mujur sempat sedar. kalau dok..bermadulah nampaknya fizz kali ini! ahakksss!!..x penah terjadi di Msia lelaki bermadu.

    BalasPadam
  4. kalau Fiz Fairuuz bermadu,kira artis lelai pertamalah yg bermadu..pasti gempak

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.