Lagi Kisah Konflik Cinta Shila

ND Lala: 'Tarikh risik, kahwin tak pernah timbul'

TAK pernah berlaku perbincangan. Demikian reaksi bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah, ND Lala berhubung dakwaan yang mengatakan dia menegah pelakon Sharnaaz Ahmad merisik anak gadisnya itu.


Khamis lalu, ND Lala menerusi sebuah akhbar menempelak sikap Sharnaaz yang menguar-uarkan perancangannya untuk merisik Shila Mac ini, tanpa pengetahuannya.

ND Lala juga mendakwa Sharnaaz biadab kerana memberlakanginya sebagai orang tua dan wali Shila.

“Tak pernah berlaku perbincangan tentang tajuk ini (perkahwinan)... tak pernah berlaku. Tarikh, pergi merisik, ditegah apa semua, tak berlaku, jadi bagaimana saya nak respons?,” katanya kepada Galaksi.

Beliau juga menafikan berang terhadap perkara ini seperti yang dilaporkan media.

“Saya tegas. Ada beza tegas dengan berang. Kenyataan ini saya hantar melalui emel kepada dua media. Mana mungkin nampak wajah saya daripada normal tiba-tiba berang. Daripada e-mel nampak apa?,” katanya.

Ketika ditanya tentang penerimaannya yang masih mampu tersenyum terhadap kontroversi ini, ND Lala menjelaskan:

“Adakah kita hanya bersyukur dan berterima kasih apabila ALLAH memberi kita nikmat sahaja? Dan kita marah, kecewa apabila kita didatangi dengan dugaan dan cubaan.

"Jangan takut menempuh cabaran dan dugaan. Kita tempuh saja. Kita usaha, hak ALLAH menentukan,” jelas beliau.

Beliau juga percaya akan ada hikmah di sebalik dugaan yang sedang dilalui anak gadisnya itu.

“Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi... apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji... yang penting kita redha atau tidak.

“Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar. Walaupun pada masa itu saya tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya.

Mengulas tentang surat yang ditulis Shila Selasa lalu, ND Lala berkata, “memang Shila yang tulis."

"Saya melihat dia menulis dari lubuk hati yang dalam. Dia berusaha untuk tidak menyinggung perasaan ibu bapanya... perasaan orang lain," katanya.

Keluarga besar ND Lala bakal ke Tanah Suci bulan depan bagi mengerjakan umrah.

“Jika panjang umur, dimurahkan rezeki kami merancang, Insya-ALLAH dengan izin ALLAH... saya akan membawa semua anggota keluarga saya untuk mengerjakan umrah pada bulan Mac ini,” kata ND Lala lagi.

Ulasan

  1. simple suggestion jer kak... kalau dah betul2 suka anak dara orang buatlah cara yang proper...ambik hati, jaga hati...bukan dengan menempelak kat media...be a gentleman... jumpa face to face...kalau sekalipun ND Lala tu mengelak pasti ada caranya... Allah akan tolong kalau niat kita ikhlas kan kak?

    BalasPadam
  2. semoga semuanya berakhir dengan baik.....

    BalasPadam
  3. @Farah Waheda Wahid
    patutnya begitulah...seandai pandai ambil hati bakal mentua,pasti akaan lebih mudah..mesti ada sesuatu yang x berkenan dimata ND Lala...ye la..pandangan orng tua...

    BalasPadam
  4. @hajar
    ye la..kalau ada jodoh,walau bagaimana rintangan melanda...pastinya ada kesudahan yang manis dipenghujungnya...x gitu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!