Al Fatihah Buat Yahya Sulong

                                                                  Yahya Sulong

PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.


Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.

Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.


Sekumpulan wartawan (kiri) berada di luar rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu malam untuk melihat jenazah Yahya Sulong.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.

Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.

Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.

Al fatihah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!