Siti dan Tudung,Apa Komen Siti?

Pada penghujung minggu yang baru-baru ini, beberapa keping foto Siti Nurhaliza bertudung litup penuh telah tersebar di beberapa buah blog-blog hiburan tempatan.


Gambar yang diambil dari laman Instagram itu juga dikuatkan lagi dengan kenyataan Siti Nurhaliza kepada sebuah tabloid tempatan yang mengatakan ini adalah imej terbarunya sempena umur yang sudah mencecah 34 tahun.

Nampaknya, Siti tampak lebih anggun dan cantik dengan imej barunya ini dan semoga lebih ramai artis lain yang akan mengikut jejak langkahnya. Mari lihat foto-foto lain Datuk Siti bertudung penuh selepas ini.












Ok la tu..dah orngnya cantik,pakai apapun memang nampak cantik..sweet gitu...

Apa pula komen Siti??


KUALA LUMPUR, 14 JAN 2013: Manis bertudung litup sejak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya untuk berimej sopan dengan berhijab penuh itu dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri.
Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan kata-kata serta janjinya selama ini yang mahu berhijab penuh sebaik sahaja pulang daripada menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama dulu.


“Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh,” katanya ringkas yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara, malam semalam.

Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.

Mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini, penampilan Siti itu telah dipadankan dengan tudung litup dari rona serupa.

Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut memadankan penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama.



sumber:Oh bulan,Murai

Ulasan

  1. Bagus la kan..semoga niat tu betol2 ikhlas..yg pasti kepala tutup2 jugak, dada pun kena tutup betol2 kan..

    BalasPadam
  2. cantik bertudung semoga terus begitu

    BalasPadam
  3. Ye dia memang cantik dan idola.... Anyway nice new blog design... :-)

    BalasPadam
  4. oh yeke.jd selama ni pakai tudng main2 la?ramai yg tiru gaya die. kesian betol.kwn2 permpuan aku pun kalau tegur supaya ttp penuh mesti melenting ckp siti boleh je.isk3..ape2 pun harap dia maintain sopan forever lah sbb die cantik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!