KONFLIK N.D LALA DAN SHARNAAZ

Sharnaaz Ahmad Cabar ND Lala Jadi Lelaki

“Jadilah seperti seorang lelaki” adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.

Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.

“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”

Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.

“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”

Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.

“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

Bagi yang masih belum jelas, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan ini selepas ND Lala menegur sikap Sharnaaz yang terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.



ND Lala Anggap Sharnaaz Biadap


Isu ingin merisik penyanyi terkenal Shila Amzah yang pernah dibangkitkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad bukanlah suatu perkara yang baru. Sebelum ini Sharnaaz sendiri pernah mengakui bahawa dia akan menghantar rombongan untuk merisik kekasih hatinya pada bulan Mac akan datang.

Berikutan isu tersebut, bapa kepada Shila Amzah, iaitu ND Lala telah melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan berani Sharnaaz yang dianggap sebagai tidak menghormati dirinya sebagai bapa serta bakal wali kepada anak perempuannya itu.

“Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.”

“Kalau Shila mahu kahwin sekalipun, saya walinya, bukan Sharnaaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala menerusi laporan Harian Metro hari ini.

Dalam pada itu, ND Lala turut berulang kali mengingatkan Sharnaaz supaya jangan biadab dan menasihatkan pelakon tersebut agar mengikut segala adat dan agama kerana berkahwin adalah suatu perkara yang serius.

“Dia (Sharnaaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Sharnaaz turut malu dengan tindakannya itu.”

“Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai.”

“Tolong jangan biadab, hormati kami sebagai ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka ingin kahwin lari,” tegas ND Lala penuh kesal.

P/S  mendirikan rumahtangga bukannya semudah ABC...tanggungjawab sebgai suami sangat berat,sifat kematangan seseorang lelaki itu mmg menjadi keutamaan bagi ibubapa dalam memilih bakal menantu bagi mendidik anak gadisnya dalam melayari sebuah kehidupan baru...

Apa sekalipun jangan membelakangi orang tua dalam segala hal..restu amat penting ..



Ulasan

  1. semoga hasrat mereka utk mendirikan rumah tangga dipermudahkan segalanya.. AAmminn

    BalasPadam
  2. kontroversi betul...mesti shila tengah tersepit antara dua ni...

    BalasPadam
  3. @Farah Waheda Wahid
    pasti ada sebabnya ND Lala berfikiran sedemikian...pasti dia mahukan yg terbaik untuk anaknya

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Ketika Bini hamil... Suami Pulak Curang