Terkini ►
Perhatikan Medan Magnet Ini!

Perhatikan Medan Magnet Ini!


Gambar pertama adalah sebuah magnet dalam bentuk kiub dengan SERBUK BESI yang berselerak di SEKELILINGNYA. Medan magnet menyebabkan SERBUK BESI untuk mengatur diri mereka ke dalam corak itu.

GAMBAR KEDUA ADALAH KAABAH..

ALLAH SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]
Beginilah Potret Pengemis di Eropah.Lihat!

Beginilah Potret Pengemis di Eropah.Lihat!

Mengemis,macam2 cara ada...lihat..
Ini di Eropah...tempat kita??






Awan dalam Bilik.Lihat!

Bagaimana rasanya boleh berada sangat dekat - bahkan menyentuh awan? Tak perlu payung terjun atau naik ke puncak gunung yang tinggi supaya boleh melihat awan dari jarak sangat dekat.


Seorang seniman Belanda, Berndnaut Smildeas, berjaya membuat karya seni: menciptakan awan. Caranya dengan menggunakan mesin asap, digabungkan dengan kelembapan suhu bilik dan pencahayaan yang dramatik maka jadilah "Nimbus II 2012", awan di dalam bilik.


Smilde, yang tinggal di Amsterdam, mengatakan ia ingin membuat citra awan hujan di dalam sebuah bilik. "Saya membayangkan berjalan ke sebuah dewan muzium klasik dengan hanya dinding kosong," katanya. "Tidak ada hal lain kecuali awan hujan berkeliaran di dalam bilik."


Malangnya, awan ciptaan Smildeas tidak boleh bertahan lama, hanya beberapa saat lalu menghilang seperti ciri-ciri awan asli. Sekurang-kurangnya, cukup menarik berada dalam bilik penuh awan, kan?

Kes Dirang: Bekas suami pesan jaga Hafis & Wajah Pembunuh Dirang

Kes Dirang: Bekas suami pesan jaga Hafis & Wajah Pembunuh Dirang


PASIR GUDANG - "Jaga Hafis baik-baik, jangan sesekali tinggalkan dia sendirian," demikianlah pesan Handry Yongot, 30-an, bapa kandung mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, kepada bekas isterinya agar menjaga anak lelaki mereka, Mohamad Hafis, 6, dengan baik.

Menurut ibu Nurul Nadirah, Roselyn Alan, 25, amanat itu disampaikan sebanyak dua kali oleh Handry sewaktu kali terakhir dia bertemu bekas suaminya itu di Tanah Perkuburan Pekan Masai sewaktu upacara pengebumian Allahyarham Nurul Nadirah yang turut dikenali dengan nama manja, Dirang, Rabu lepas.

"Handry juga pesan pada suami saya supaya bawa Hafis ke mana sahaja kami pergi kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali," katanya.

Kata Roselyn, hubungan bekas suaminya dengan Hafis dan Dirang sangat rapat kerana sewaktu tinggal di Kuala Lumpur, dia kerap bertemu dengan anak-anaknya itu.

"Jika benar Handry akan diusir pulang ke Filipina, saya merayu agar dia dan Hafis dapat ditemukan walaupun seketika agar mereka dapat mengubat kerinduan masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, Roselyn juga merayu pihak bertanggungjawab agar tidak mengusir bekas suaminya yang juga bapa kandung mangsa ke Filipina.

Katanya, Handry yang mula dikenali sekitar tahun 1995 memang berasal dari Sabah dan mempunyai keluarga di sana.

"Handry tidak mempunyai pengenalan diri kerana dibesarkan oleh keluarga ibu saudaranya selepas ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih bayi.

“Saya rayu pihak bertanggungjawab agar tidak mengusirnya ke Filipina kerana bakal menimbulkan masalah kerana dia tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak mempunyai keluarga di sana.

“Lagipun dia baru kehilangan anak kesayangannya, dan macam mana nanti dia hendak bertemu lagi dengan anak tunggalnya di sini sekiranya diusir ke Filipina,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, Handry memang dikenali sebagai suami dan bapa yang sabar dan penyayang, tetapi jodoh mereka tidak panjang apabila perkahwinan yang dibina sepanjang lima tahun berakhir dengan perceraian.

“Masa mula-mula berjumpa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, dia (Handry) berpesan supaya sentiasa membawa Hafis ke mana sahaja dan tidak membiarkan anak lelakinya itu tinggal sendirian.

“Hubungan kami masih baik sebagai kawan demi anak-anak. Saya rayu kasihanilah dia (Handry) agar tidak diusir ke Filipina kerana dia seorang yang baik,” katanya.

Sementara itu, suami Roselyn, Lima Medeng, 25, memberitahu, jika diberi peluang dia mahu bertugas di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) agar tidak perlu berpindah jauh ke Sarawak.

"Saya ada cuba memohon untuk bekerja di LPJ sebelum ini, tetapi dimaklumkan rakan-rakan tiada kekosongan.

"Jika ada rezeki saya dapat kerja di sini, kami sekeluarga tidak jadi pulang ke Sarawak untuk memulakan hidup baru. Bagaimanapun kami akan tetap berpindah dan tidak akan tinggal di flet ini agar tidak dihantui kenangan bersama Dirang," katanya.

SUSPEK termasuk seorang wanita (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapat perintah tahanan reman semalam.
Penggali kubur terima nasihat hantu!

Penggali kubur terima nasihat hantu!


WONG SHUN FENG (kanan) menggali sebuah kubur lama
di Singapura

SINGAPURA - Seorang penggali kubur di sini, Wong Shun Feng menyatakan pengalaman melihat hantu, mengalami fenomena luar biasa dan dinasihati dewa-dewa merupakan sebahagian asam garam dalam pekerjaannya.

Dikenali dengan panggilan Tua Ya Pek iaitu nama dewa kematian di kalangan rakan-rakannya, Shun Feng bertugas memindahkan mayat ke kawasan perkuburan baru di negara itu bagi memberi ruang pada pembangunan.

Bagaimanapun, menurut Shun Feng, 53, kerja menggali kubur menjadi sukar kerana roh si mati enggan berpindah dan tidak mahu jasad mereka diganggu.

"Hantu sama seperti manusia. Mereka juga memiliki perasaan. Bagaimana emosi anda jika terpaksa berpindah selepas tinggal di sesuatu tempat selama 50 tahun?" soalnya.

"Pernah sekali, sebatang pokok berhampiran sebuah kubur yang saya gali bergoncang walaupun tiada angin bertiup dan tangan kiri saya pernah lumpuh seperti mayat selepas mencarut di kawasan kubur," tambah lelaki itu.

Bagaimanapun, dia yang mempunyai pengalaman menggali kubur selama 30 tahun mengakui tidak gentar berdepan fenomena itu kerana percaya bahawa hantu dan roh jahat tidak dapat menjejaskan individu yang berniat baik sepertinya.

Patungkah Atauuu......

Patung-patung yang tampak nyata










er...diorang tak takut patung ni mintak nyawa ke??

'Mamat' Ni Memang Betul-betul Alone Lah...Lihat!


Lelaki ini bernama Everard Cunion, berasal dari United Kingdom dan seorang agak forever alone kerana mempunyai masalah iaitu tidak pernah berjaya memikat perempuan.
Maka dia telah mengambil keputusan untuk mendapatkan patung realisitik yang rupa seperti manusia. Dia kini tinggal bersama sembilan patung realistik yang lain.


Bukannya sekor patung tu,tapi 9 ekor semuanya!!Fuhh....seram jer..



Cara Mengetahui Kek Kita Makan Mengandungi ARAK atau Tidak!

Cara Mengetahui Kek Kita Makan Mengandungi ARAK atau Tidak!


Semoga sama-sama kita jadikan rujukan..

Sumber; SubhanaAllah! Cara Mengetahui Kek Kita Makan Mengandungi ARAK : Facebook Buku Resepi
Betul...Ini Bukan Gambar!!

Betul...Ini Bukan Gambar!!

Bukan gambar tetapi lukisan.Lihat betul-betul.


EDINBURGH - Imej seperti gambar fotografi ini sebenarnya lukisan hitam putih hasil lakaran seorang artis hyper­realist di Glasgow, Scotland.

Paul Cadden, 47, mampu melukis semula imej realistik mengagumkan hanya menggunakan sebatang pensel.

Cadden berjaya menghasilkan kedut-kedutan wajah seorang wanita, kepulan asap dari sebatang rokok serta titisan air seperti foto sebenar.

Lukisan yang dihasilkannya menggunakan teknik hyperrealism (luki­san menyerupai gambar sebenar beresolusi tinggi).

“Saya memerlukan kira-kira tiga hingga enam minggu untuk menyiapkan lukisan itu dalam saiz A1 dan A0 serta ia dijual pada harga 5,000 pound (RM24,000),” menurutnya.

Cadden yang turut tersenarai sebagai Artis Tahun 2011 bagi lukisannya, ‘Painted context’, mendedahkan mula berjinak-jinak dengan lukisan sejak berumur enam tahun dan berazam menjadi seniman sepanjang hayat.
Kate Midlleton Tunjuk Bakat!!Lihat!

Kate Midlleton Tunjuk Bakat!!Lihat!

KATE Middleton


KATE Middleton memberi sokongan padu kepada pasukan hoki wanita Britain apabila Duchess of Cambridge turut mengambil bahagian dalam sesi latihan di venue kejohanan di Stratford, timur London malah turut menjaringkan gol.

Kate menyarung jaket pasukan Britain dan berseluar panjang ketika turun ke padang dan menunjukkan kehebatannya.
Kate, 30 kelihatan gementar ketika menyertai skuad Britain ke Olimpik tetapi semua itu segera hilang apabila beliau yang pernah menjadi kapten pasukan Kolej Marlborough pada zaman remajanya memukau penonton dengan skil dimilikinya.


Beliau diminta bertemu pasukan dengan tugasnya sebagai duta pasukan Britain dan paralimpik Britain kerana kecintaannya terhadap sukan itu.


Duchess itu kelihatan seronok mengimbau zaman sekolahnya dan gembira berada di padang.


“Saya berharap dapat berada di sini, saya ingin melihat anda beraksi di Sukan Olimpik.

“Saya sudah melihat persediaannya dan melihat kerja di belakang tabir jadi tentunya menarik jika dapat kembali dan menyaksikan semuanya beraksi. Semoga berjaya.

“Saya sentiasa menanti peluang untuk ke sini tetapi kini sebaik berada di sini dan mengetahui saya perlu bermain, saya rasa tidak begitu yakin.

“Kali terakhir saya bermain mungkin pada 2005. Saya rasa bagaikan sudah 10 tahun tidak memegang kayu hoki.

“Ini tentunya memalukan. Saya membayangkan boleh melakukannya tetapi tubuh saya tidak menganggapnya begitu,” katanya.

Harapan menjulang tinggi terhadap pasukan Britain dalam Sukan Olimpik di mana pasukan hoki lelaki dan wanita mereka menduduki ranking keempat dunia dan dijangka mampu memenangi pingat.

Beliau begitu teruja mengenai lawatan itu dan meluangkan masa berbual dengan fisioterapi, jurulatih dan ahli skuad utama dan bertanyakan mengenai teknik latihan mereka.

Selepas bertukar pakaian, beliau terkejut dengan bilangan penonton yang datang.
“Oh, jangan beritahu saya perlu lakukannya di depan mereka,” katanya sambil ketawa. “Saya tidak mahu sesiapa pun menyaksikannya.

“Saya pernah bermain di sekolah dan teringat kesakitan otot yang dialami sewaktu berlatih di awal musim.”

Kate membuat tiga pukulan dari bahagian kiri gawang dan tersasar sebelum bergerak ke tengah dan menjaringkan gol dan menerima sorakan meriah daripada penonton.

“Wow, tiada lagi tekanan. Saya berazam untuk bermain sehinggalah saya menjaringkan gol.”

Pengarah prestasi, David Faulkner yang pernah memenangi pingat emas ketika menganggotai skuad Olimpik 1988, berkata mereka hanya tinggal enam minggu sebelum pemilihan ke Olimpik dan berada dalam kedudukan yang kuat.

“Kami gembira apabila Duchess meminta untuk melawat kami. Ia benar-benar menaikkan semangat dan menjadi topik perbualan dalam skuad ini.”
Ibu: Bayangan Dirang di mana-mana

Ibu: Bayangan Dirang di mana-mana


PASIR GUDANG – Keluarga mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, mungkin akan berpindah menetap bersama mertua di Sarawak selepas semua urusan selesai.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, berkata, tiga hari sebelum anaknya yang mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang, hatinya memberontak ingin berpindah ke tempat lain, tetapi keadaan suami ketika itu masih belum bekerja menghalang niatnya itu.

Menurutnya, sekiranya tidak jadi pulang ke Sarawak sekalipun, mereka sekeluarga tidak akan lagi menetap flat dan ingin mencari rumah teres yang difikirkan lebih selamat.

“Ibu mertua suruh kami pulang menetap bersama mereka di Sarawak kerana bimbang dengan keselamatan kami di sini, tetapi kami masih belum memberi sebarang keputusan.

“Kami nekad mahu berpindah dari kawasan ini, kerana bayangan Dirang sentiasa ada bersama. Ke mana sahaja pergi sama ada ke bilik air atau ke taman permainan, saya sering terbayangkan dia (Dirang) ada bersama ,” katanya di sini, semalam.

Roselyn berkata, suasana di rumahnya sunyi kerana tiada lagi bebelan dan rengekan manja daripada Dirang yang digelar ‘becok’ dalam kalangan keluarga.

Menurutnya, tidurnya tidak pernah lena sejak kehilangan Dirang kerana setiap malam terasa seperti Dirang ada di sisi, malah seolah-olah terdengar bunyi anak manjanya itu menghisap jari.

“Dirang memang menghisap jari kanan sebelum tidur. Mulutnya tidak pernah berhenti membebel dan menyanyi sambil menari setiap kali bangun tidur sehingga kami menggelarnya sebagai ‘becok’.

“Saya tidak sangka selepas adiknya, Ainul Syuhada Abdullah, 2 bulan hadir dalam hidup kami, dia (Dirang) pula pergi,” katanya yang masih dalam keadaan trauma.

Roselyn turut menggesa pihak polis supaya mempercepatkan siasatan kerana mahu pembunuh anaknya dikenakan hukuman yang setimpal.

“Saya harap polis dapat mempercepatkan siasatan dan membawa pembunuh anak saya ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal.

“Saya juga mohon pihak polis membebaskan bekas suami saya kerana saya yakin dia tidak terbabit dalam pembunuhan anak kandungnya sendiri,” katanya.
Aneh..... Lautan Berubah Hijau,Seperti Padang Bola.Lihat!

Aneh..... Lautan Berubah Hijau,Seperti Padang Bola.Lihat!

Sebuah fenomena alam yang jarang terjadi ditemukan di pantai china. Rumput laut (Seaweeds) ini menutupi laut yang ada di sekitar pantai china ini. Selain menguntungkan para nelayan china untuk mengambil rumput laut ini secara gratis, rumput laut di sana di jual dengan harga yang cukup mahal . Tidak hairan rumput laut yang sedang ber invansi tersebut di ambil oleh orang orang yang tinggal dekat pantai itu. lihat bagaimana laut biru menjadi rumput hijau.








Jangan Hantar Bekas Suami Saya Pulang Ke Filipina!!, Kata Ibu Nadirah

Jangan Hantar Bekas Suami Saya Pulang Ke Filipina!!, Kata Ibu Nadirah


JOHOR BAHRU – Roselyn Alan telah menerima dia tidak lagi berpeluang melihat anaknya Nurul Nadirah Abdullah namun kebimbangannya kini adalah bapa kanak-kanak itu mungkin akan dihantar pulang ke negara asal, Filipina.

Jika perkara tersebut berlaku, ia akan memberi tamparan hebat kepada seorang lagi anaknya, Mohd Hafiz yang berusia enam tahun.

Anaknya, Nurul Nadirah Abdullah yang juga dikenali sebagai Dirang dibunuh dan mayatnya dibakar sehingga rentung, yang dilaporkan mengenai kehilangannya pada 1 Mac ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.

Roselyn, 25, berkahwin dengan suaminya warga Filipina di Sabah pada tahun 2005 namun bercerai selepas tiga tahun.

“Saya berharap dia tidak akan dihantar pulang kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia tidak mempunyai ahli keluarga lain di Filipina,” katanya, mengenai lelaki yang ditahan kerana disyaki sebagai salah seorang suspek dalam Nurul Nadirah yang berusia lima tahun.

“Dia sering berjumpa dengan Dirang, dan abangnya dari Rawang untuk meraikan hari lahir mereka dan membeli mereka permainan,” kata Roselyn, sambil menambah bekas suaminya itu sering berkunjung setiap dua bulan.

“Dia tahu Dirang suka makan kek. Dia selalu belikan kek kesukaan Dirang setiap kali datang melawat anaknya,” katanya, yang menggambarkan bekas suaminya sebagai bapa penyayang.

“Saya yakin dia tidak bersalah. Tidak kira dianggap sekejam mana pun oleh orang lain terhadapnya, saya tidak fikir dia akan menyakiti anaknya sendiri,” katanya, sambil memberitahu masih sedih akan pemergian Nurul Nadirah namun menerimanya sebagai ketentuan takdir.
Bapa Dirang diusir ke Filipina, tak terlibat kes bunuh

Bapa Dirang diusir ke Filipina, tak terlibat kes bunuh


JOHOR BAHRU - Polis Johor hari ini mengesahkan bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan sudah diberikan supaya bapa kanak-kanak itu diusir ke negara asal.

"Ayah Nurul tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes ini. Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan Timbalan Pendakwa Raya adalah supaya dia diusir ke negara asal dan pihak imigresen akan lakukan.

"Dia (bapa Dirang) berasal daripada Filipina dan tidak mempunyai apa-apa dokumen diri sejak sekian lama," kata beliau kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Bapa kandung Nurul Nadirah, Utoh ditahan polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak terbabit di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini pada 8 Mac lalu.

Dia sebelum ini ditahan reman hingga Isnin ini mengikut Seksyen 15 (1)(D) Akta Imigresen.

Nurul Nadhirah, 5, ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu. Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan menunjukkan penjenayah yang disyaki membunuh dan membakar Dirang sudah pun dicekup dan kini ada dalam tahanan polis.

"Kini yang tinggal adalah tiga suspek warganegara tempatan berusia 30-an. Mempunyai rekod terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod lampau hasil siasatan dilakukan. Polis akan memohon perintah tahanan reman ke atas dua lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan yang ditahan sebelum ini, di Mahkamah Majistret di sini esok," katanya.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata, seorang lelaki ditahan di Machang, Kelantan berhubung isu menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan untuk mendapatkan wang tebusan.

"Tangkapan sudah dibuat di Kelantan seperti mana yang kita tahu ibu Dirang, Roselyn Alan ada menerima SMS daripada individu yang meminta wang daripadanya.

"Seorang lelaki dicekup polis dan tiga telefon bimbit dimiliki dirampas. Salah satu daripada tiga telefon bimbit ini digunakan untuk menghantar SMS terbabit," katanya.
Kisah Wanita Tua Zaman Nabi Berulang Di Amerika.Baca!

Kisah Wanita Tua Zaman Nabi Berulang Di Amerika.Baca!


Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?

Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.


Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.

Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.

Siapakah Suhaib ? layari laman web beliau: http://www.suhaibwebb.com/

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”

Wallahu’alam….
Lagi Kes,Jangan Jadi Tipah Tertipu.Lihat!!

Lagi Kes,Jangan Jadi Tipah Tertipu.Lihat!!

Inilah dia ...bilamana makeup jadi tuan...alahai
Guru:'Dirang tulis nama guna dakwat merah'

Guru:'Dirang tulis nama guna dakwat merah'


PASIR GUDANG – Guru Tadika Permata Islamiah selama ini tidak menyedari nama mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, bertulis menggunakan dakwat warna merah dalam buku pendaftaran.

Nor Shaima Aldam, 25, berkata, keselu­ruhan 19 kanak-kanak sesi petang ditulis dalam buku pendaftaran menggunakan pen berwarna biru, tetapi agak pelik nama mangsa, yang mesra dengan panggilan Dirang bertulis dengan dakwat merah.

Menurutnya, selepas mendapat perkhabaran kanak-kanak tadikanya hilang dan ditemui dibakar, dia membuat semakan untuk memastikan nama penuhnya dan terkejut kerana dalam banyak-banyak nama, hanya nama Dirang tertulis dengan dakwat merah.

“Selama ini kami tidak menyedari hanya nama Dirang ditulis menggunakan dakwat merah. Patutnya ditulis dengan dakwat biru seperti kanak-kanak lain.

“Ia seolah-olah menjadi petanda murid kesayangan kami itu akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang lagi guru, Mariam Sarian, 47, berkata, Dirang seorang murid yang periang dan pintar walaupun baru berusia lima tahun sehingga keletahnya lebih menyerlah daripada murid yang setahun lebih tua daripadanya.

Menurutnya, walaupun orangnya kecil molek, tetapi suaranya paling kuat setiap kali sesi berselawat kerana hobinya memang cenderong pada perkara begitu.

“Dirang ke sekolah bersama abangnya, Mohamad Hafis, tetapi Dirang lebih dikenali di tadika kerana abangnya pendiam,” katanya.
Proses Pengkebumian Bangsa Tibet, Paling Sadis, dan Paling Seram di Dunia

Proses Pengkebumian Bangsa Tibet, Paling Sadis, dan Paling Seram di Dunia

Beginilah prosesi pengkebumian bangsa Tibet yang biasa disebut dengan istilah Sky Burial. Dimana simati dibawa kepuncak gunung yang tinggi dan disayat-sayat agar menarik untuk dimakan oleh burung bangkai.

Setelah daging mayat tersebut benar-benar tidak tersisa hingga tinggal tulang dan tengkorak kepala, kemudian dihancurkan.

Kepercayaan mereka ini katanya Buddha percaya dengan kelahiran semula dan kelahiran semula tidak memerlukan tubuh, sehingga bila tubuhnya dipersembahkan kepada alam atau burung dan lain-lain, maka hal tersebut akan baik ...... Begitulah kira-kira kepercayaan tersebut .Lihat..















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaru