Siti Tumpu Sepenuh Perhatian Pada Datuk K


SETELAH 19 hari kemalangan jalan raya menimpa suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa di Queenstown, New Zealand, akhirnya Datuk Siti Nurhaliza memberi kenyataan kepada media, hari ini.


“Kami telah selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu, setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand,“ katanya.

Sejak ditimpa kemalangan itu, pasangan ini tidak putus-putus menerima ucapan daripada peminat juga rakan terdekat malah turut menerima karangan bunga dan kad ucapan daripada Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong.

"Siti sangat bersyukur kerana kondisi suami kembali pulih dan sedang mendapat rawatan fisioterapi di atas kecederaan tangan yang dialaminya.

“Memandangkan suami saya masih lagi mendapatkan rawatan akibat kemalangan tersebut, Siti akan menumpukan sepenuh perhatian untuk sentiasa berada di sisinya,” katanya yang berharap agar diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi itu sehingga Datuk K pulih.

Datuk K ditimpa kemalangan semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson di Queenstown, New Zealand.

Siti memohon maaf dan berharap agar kenyataannya hari ini, akan diterima ramai selepas tidak dapat memenuhi permintaan pihak media dan pihak lain yang mahu mendapatkan kenyataannya secara langsung ataupun menemui Datuk K sendiri.

“Datuk K masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dan dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat dan juga mengehadkan kehadiran tetamu yang datang melawat.

“Hanya di kalangan keluarga terdekat sahaja,” katanya yang sempat melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Datuk K.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?