Dato K Kini Terlantar Di ICU


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Pembedahan yang dilakukan terhadap Dato` Seri Khalid Mohd Jiwa (DK) di hospital Southland yang terletak di Invercargill, Queestown kira-kira jam 9.30 pagi tadi (waktu Malaysia) telah pun berjalan dengan lancarnya.

Perkara ini telah dikongsi oleh pengurus kepada penyanyi Dato` Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menerusi akaun facebooknya, tadi.


"Dato' Siti Nurhaliza menghubungi saya sebentar tadi untuk memaklumkan hal ini. Doktor mengatakan pembedahan berjalan baik dan DK akan dimasukkan ke ICU terlebih dahulu sebagai prosedur selepas pembedahan.

"Ini untuk memudahkan pihak hospital dan doktor memberikan perhatian lanjut. Siti belum lagi sempat bertemu dengan suaminya kerana doktor baru saja memaklumkan pembedahan telah selesai dan akan membawa DK ke bilik ICU dahulu.Terima kasih di atas doa2 kalian, Siti amat2 menghargai keprihatinan, usaha dan doa anda semua," katanya yang turut memberitahu bahawa Dato` Siti yang juga isteri kepada DK telah menghubunginyaa sekitar jam 4 petang tadi, waktu Malaysia," katanya yang turut memaklumkan bahawa pembedahan itu mengambil masa selama 5 hingga 6 jam untuk dilakukan.

Sebelum itu, sekitar jam 11.30 pagi tadi,  kakak kepada DK iaitu Datin Zaiton Mohd Jiwa mengumumkan kondisi DK.

Menurut Kak Ton, ketika ini diknya itu sedang menjalani pembedahan untuk memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Dato` Khalid selepas tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan yang tidak diduga itu.


"Selepas pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Dato` Khalid fit atau tidak untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Dan, sejak semalam, semua anak-anak Dato` Khalid sudah sampai di sini untuk melihat keadaan bapa mereka," katanya.

Dato` K dimasukkan di hospital di Invercargill, Queestown selepas beliau ditimpa kemalangan yang teruk ketika menunggang motorsikal berkuasa tinggi Harley Davidson bersama rakan-rakannya di Queenstown, New Zealand, beberapa hari lalu.



Ulasan

  1. penangan bigbike....haisshhh....baru je mazidul akmal sidek meminta maaf pasal rencana majalah3 yg dibuatnya soal geng pelesit ni.....itula yg digelar mazidul....tapi pedulikan itu semua...dah hobby....jalan terus...insyaallah lulus loan...dapat merasa tahun baru ni...hihi...

    BalasPadam
  2. ada ke malam tadi??alamak..terlepas ler..

    sebenarnya maybe rakaman tu dibuat semata2 untuk penonton melihatnya dari sudut yg lebih jelas..

    BalasPadam
  3. Yati....cer mu tye sdri nga org hok naik muto...guane.

    BalasPadam
  4. Cer try tye pengalaman org hok ada n naik sdri...betul dok gitu. Bwk kt track je gitu. ..setahu aku la.

    BalasPadam
  5. Yati....cer mu tye sdri nga org hok naik muto...guane.

    BalasPadam
  6. @norruk1511
    hihihi..nanti aku gi cari blogger muto besor ni....

    er...blog baru ke Norruk??
    aku round kawasang mung jap ah...
    nanti dehh

    BalasPadam
  7. @norruk1511
    cehhh...tulislah en3 tu....aku nok komeg2 nih...adulaaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!