Masih Ingatkah lagi Pada Zali Yang Telah Meninggal Ini?

Tiada lagi Ramadan buat ‘Zali’

Muhammad Asyraf dan Maizatul Akmal tidak menyangka perilaku adik mereka menggantung foto di ruang tamu menjadi petanda adiknya akan pergi buat selama-lamanya.

KERTEH – “Saya menangis melihat drama Masih Adakah Ramadan yang kesudahannya anak saya meninggal dunia, cuma bagi menyedapkan hati saya katakan pada diri itu cuma lakonan."


Demikian luahan Zinab Deraman, 49, yang tidak menyangka di dunia realiti memang sudah tiada lagi Ramadan buat anaknya, Muhammad Amirul Mazlan, 19.

Dalam drama empat episod yang disiarkan di Astro Prima Ramadan lalu, Muhammad Amirul yang juga pelajar tahun dua jurusan seni teater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) memegang watak sebagai Zali, yang pada pengakhiran ceritanya
meninggal dunia.


                                                Muhammad Amirul Mazlan

Walaupun menganggap itu lakonan semata-mata, namun naluri keibuan tersentuh dengan jalan cerita drama itu membuatkan Zinab menghubungi anaknya itu sejurus melihat episod akhir drama dalam loghat Terengganu.

“Ketika menghubunginya, arwah memberitahu ia hanyalah lakonan sahaja bagi menenangkan hati saya," katanya sambil meluahkan tidak sanggup menonton drama itu lagi.

Begitupun, Zinab sekeluarga reda dengan pemergian Muhammad Amirul kerana Allah SWT lebih menyayangi anaknya itu yang merupakan seorang anak yang baik dan taat.

Skrip drama Masih Adakah Ramadan yang masih tersimpan rapi di bilik tidur arwah. Arwah hanya mengambil masa sehari untuk membaca dan menghafal keseluruhan skrip.

Arwah merupakan anak ketiga dari empat beradik maut dalam nahas jalan raya, apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah melalui telefon pada malam Jumaat lalu dan waktu itu dia cakap sedang sibuk membuat latihan untuk Anugerah Skrin,” kata Zinab ketika diziarahi Sinar Harian di kediamannya di Kampung Baru Kerteh, dekat sini, semalam.


Arwah berkelakuan pelik

Menurut kakaknya, Maizatul Akmal, 21, arwah juga seakan menunjukkan petanda awal dia akan pergi selam-lamanya apabila bertindak mencuci gambarnya dan diletakkan dalam bingkai, sebelum digantung pada dinding ruang tamu pada hari terakhir sebelum pulang ke
Kuala Lumpur, selepas menghabiskan cuti Aidilfitri selama seminggu di rumahnya, Ogos lalu.

“Apabila ditanya mengapa bertindak begitu, arwah hanya memberitahu ia untuk memudahkan keluarga dan saudara mara melihat gambarnya.

“Tahun ini arwah beraya sakan dan semua persiapan raya untuk dirinya dibeli sendiri. Malah, dia berbelanja lebih RM500 untuk sehari ketika kami sekeluarga balik ke Kedah," katanya sambil mengakui drama Masih Adakah Ramadan adalah drama sulung lakonan adiknya itu.


Tidak sempat berlakon dalam drama kedua

Katanya, adiknya yang lebih mesra membahasakan diri sebagai ‘Aye’ ketika itu juga, beria-ia membeli-belah pakaian baru untuk dipakai bagi drama untuk siaran TV3 yang akan menjalani penggambaran, Disember depan.

“Dia membeli dua pasang kemeja dan kemeja T tapi yang ganjilnya semua pakaian itu diberikan kepada saya kerana menurut arwah saiznya kecil sedangkan ketika mencuba pakaian itu, kesemua baju itu elok," katanya.


Kirim salam pada semua

Sementara itu, abang sulungnya, Muhammad Asyraf, 25, memberitahu, arwah beria-ria beraya di semua rumah saudara mara, rakan dan jiran tetangga pada Aidilfitri lalu.

"Dia juga bersungguh-sungguh bergambar tidak seperti sebelum ini," katanya.

Muhammad Asyraf berkata, dia tidak dapat melupakan ayat terakhir arwah ketika dia menelefon adiknya kira-kira sejam sebelum kemalangan tersebut.

“Saya menelefonnya untuk bertanya mengenai baju dan sebelum perbualan kami berakhir dia sempat pesan pada saya ‘kirim salam kepada semua kawan yang kenal Aye’,” katanya.

Jenazah Muhammad Amirul disemadikan kira-kira jam 10.30 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, Kerteh.

Alfatihah...

Ulasan

  1. ajal maut tu ditangan tuhan... tapi jalan menemui ajal tu dalam plbagai cara dan cerita... tumpang simpati terhadap kesedihan keluarga arwah... semuga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.. Insyaallah..

    BalasPadam
  2. @Sam Banjamin
    pernah saksikan drama ni,mmg meruntun hati...siapa pun kita,tua atau muda..saat ajal menjemput..tiada siapa dpt menghalangnya...moga rohnya dicucuri rahmat olehNYA...aminn

    BalasPadam
  3. @Sam Banjamin
    Sam...kita berjiran..tapi akak x kenal Sam,maybe Sam kenal suami akak...
    Mentua akak duk Sawah Dato,tepi pagar sekolah tu

    BalasPadam
  4. sedihnya...
    rasa sebak pula...=(
    kesian kat ibunya..huhu..

    BalasPadam
  5. kita tak tahu kan bila ajal datnag menjemput..:)

    alfatihah untuk arwah...

    BalasPadam
  6. innalillahi wainna ilaihi roji'un.
    dia berlakon pegang watak zali yg baru balik dri belajar oversea klau xsilap..

    BalasPadam
  7. @Herma Julianny
    hati ibu mana yg tahan bila anaknya meninggal...pasti kesedihannya amat mendalam,apa2pun kena redha

    BalasPadam
  8. @iTU AKHiL
    ye..betul..drama tu mmg meruntun perasaan...

    BalasPadam
  9. oo..arwah zali org teganu kite.. pernah lah tonton citer tu.. kena je kan.. meruntun hati..sedih baca kisah dia ni..
    alfatihah..moga roh arwah dicucuri rahmat..amin..
    salam takziah buat kluarga arwah zali..

    BalasPadam
  10. @mama_saly
    rasanya drama ni pasti meletup...jalan ceritanya mmg kena benar..pelakonya pun best2

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!