Bob Lokman Dilanggar Gajah??


Grik - Bob Lokman, seorang selebriti yang kini bergiat berdakwah melalui Parti Islam Semalaysia PAS diberitakan bertembung dengan seekor gajah di Lebuh raya timur Barat . Beliau dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar tahunan PAS bersama beberapa buah kereta lain.

Menurut sumber, beliau yang menaiki kenderaan waja bertembung dengan gajah yang sedang melintas jalan.( no terpaksa dirahsiakan takut ada yang tikam ekor) .



Ketika berhenti, jarak beliau dengan gajah tersebut kira kira 30 meter. Tanpa menyedari lampu sportlight beliau terlupa dipadamkan, menyebabkan gajah tersebut naik minyak. Gajah tersebut diberitakan meluru ke arah kereta beliau dengan mengibaskan telinganya. sumber menyatakan, ketinggian kereta beliau separas dengan lutut gajah .

Gajah yang kelihatan panik terus menanduk bahagian hadapan kereta Bob hingga berlubang. Bob Lokman yang berada dalam kereta menjadi panik tanpa mampu berbuat apa-apa. Sumber juga menyebut , tandukan gading gajah tersebut menyebabkan bahagian belakang kereta yang dipenuhi barang terangkat.

Kejadian tersebut berlaku ketika pendakian berhampiran hentian puncak lebuhraya Timur Barat.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan selamat dan kini telah berada di Kelantan.



Sumber - Firuz Isa (ahli rombongan).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!