Memey Oh memey,Dia ambik Orang punya Tak pe,Hak dia jangan sesekali dirampas!!

Memey Gembira Hubungan Kembali Jernih


Hatinya berbunga-bunga tatkala mengetahui diri sedang berbadan dua. Perancangan untuk memiliki anak kononnya selepas setahun melayari rumah tangga hilang sama sekali. Apatah lagi melihat wajah gembira dan bahagia pasangan lain yang mengendong bayi membuatkan dia teringin mengalami perasaan tersebut.

Kini lengkap sudah statusnya sebagai seorang wanita tatkala mengetahui tanda cinta bersama suami tersayang sedang berdenyut dan membesar dalam perutnya. Bagi Memey atau nama sebenarnya Memey Suhaiza, tiada kata yang mampu diungkapkan ketika itu. Hanya syukur dan berterima kasih pada Yang Maha Esa atas kurniaan tersebut.

“Sebelum ini, saya memang berhasrat mahu memiliki anak selepas setahun mendirikan rumah tangga. Tetapi segalanya berubah bila mana saya melihat orang lain begitu bahagia dan gembira menimang anak.

“Timbul perasaan untuk merasai situasi sedemikian. Tidak sangka, selepas enam bulan berkahwin saya disahkan mengandung. Usia kandungan yang kini sudah memasuki lima bulan (ketika sesi fotografi) membuatkan saya tidak sabar untuk menatap wajahnya. Lengkap sudah sebagai wanita dan inilah merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya,” tutur Memey.


Dilayan Bak Puteri
Ujarnya pada awal kehamilan dia mengalami alahan yang teruk hingga menyebabkan berat badan juga turun. Namun itu tidak pula menjejaskan kariernya sebagai pelakon

“Ketika disahkan hamil, saya masih dalam penggambaran drama Perangkap Cinta untuk 13 episod. Mahu tak mahu saya terpaksa menghabiskan juga memandangkan sudah separuh jalan. Alhamdulillah, krew dan pengarah memahami keadaan saya dan walaupun agak lasak kerana terpaksa turun naik dan masuk hutan tetapi kandungan dalam keadaan yang baik.

“Selesai penggambaran, saya mengambil keputusan berehat dan kebetulan alahan agak teruk. Bimbang menyusahkan pihak lain. Abang Norman juga memberi perhatian penuh walaupun dia sendiri sibuk dengan shooting,” ujarnya yang mengakui dilayan bagai seorang puteri ketika ini.

“Abang mengambil berat dan sepanjang tempoh kehamilan ini abang melayan saya dengan baik. Rasa seperti Puteri pun ada. Tapi mujurlah alahan saya tidak seperti orang lain yang tidak boleh memasak. Sebaliknya, saya hanya muntah-muntah.

“Jadi, apabila teringinkan sesuatu, saya akan masak sendiri. Bagus juga berehat di rumah, inilah masa untuk saya menjaga makan minum abang. Abang juga sangat memanjakan saya apa saja yang saya inginkan akan dipenuhi. Bila berada dalam keadaan ini, baru saya rasa seronoknya bila dilayan sebegini sampaikan saya katakan pada abang, saya ingin mengandung lagi selepas ini,” seloroh isteri kepada aktor Norman Hakim yang memberitahu bakal menimang cahaya mata lelaki.





Persediaan Elak Gemuk


Ditanya berat badan yang bakal naik selepas melahirkan bayi, bagi anak kelahiran Kota Tinggi, itu bukan masalah besar baginya. Sebagai wanita yang bergelar isteri, pasti akan merasai situasi sedemikian lebih lebih lagi ketika mengandung.

“Pada saya tidak timbul masalah jika bentuk badan akan berubah dan sebagainya. Pokok pangkalnya diri kita sendiri, bagaimana mahu mengelakkan hal ini berterusan. Sedari awal, saya tahu abang memang mementingkan kecantikan.

“Dari situ, saya sudah bersedia dan set di minda selepas melahirkan anak saya akan menurunkan berat dan kembali seperti sebelum ini. Saya pernah bergurau dengan abang dengan mengatakan baka keluarga saya besar selepas melahirkan anak.

“Tapi abang menasihati supaya saya tidak berfikiran demikian kerana ia akan membuatkan saya tidak mahu berusaha untuk mengembalikan bentuk badan yang seperti sebelum ini. Kata abang, mengandung dan melahirkan anak bukan alasan untuk tampil selekeh dan tidak boleh menjaga bentuk badan. Sebaliknya ia bergantung kepada niat diri sendiri.

“Abang juga banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kehamilan saya memandangkan dia sudah banyak pengalaman sebelum ini,” ujar Memey yang masih belum membeli kelengkapan bayi sebaliknya akan mula menyediakannya bila kandungan memasuki usia tujuh bulan.

Bukan Petanda Suami Rujuk
 Menyentuh hubungannya bersama Abby Abadi yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Memey bersyukur kerana hasratnya untuk menjernihkan keadaan sudah tercapai apabila dia dan Abby kini sudah berbaik. Pun begitu, Memey menolak hubungan
baik itu sebagai petanda suaminya merujuk bekas isterinya itu kembali. Sebagai seorang wanita, dia enggan berkongsi kasih dengan wanita lain dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih. Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masingmasing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik.

“Dia turut berkongsi cerita tentang kehamilan, kadangkadang menghulurkan asam atau menasihati supaya saya tidak mengangkat bendabenda berat,” ujarnya yang menidakkan persoalan suaminya dan Abby akan kembali bersatu.

“Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan bendabenda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu katakata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh.

“Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya,” ungkap Memey terus terang

Berdiam Diri Lebih Profesional
Dalam pada itu katanya hubungannya dengan anakanak tiri juga baik malah rapat dengan dirinya. “Walaupun selepas ini saya bakal memiliki anak sendiri, itu tidak bermakna saya akan meminggirkan mereka. Sejak dahulu lagi hubungan kami cukup rapat dan seboleh mungkin saya tidak mahu perkara negatif merenggangkan hubungan kami ini.

“Begitu juga dengan hal peribadi Kak Abby. Walaupun hubungan kami sudah baik itu tidak bermakna kami mencampuri urusan peribadi masingmasing. Tidak dinafi kan saya mengambil tahu perkembangan Kak Abby dan gembira kerana dia sudah bertudung tetapi soal dia mengeluarkan pandangan itu hak peribadi dia.

“Saya tidak mahu masuk campur dan lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri. Rasanya itu lebih profesional,” tegas Memey tatkala ditanya mengenai kontroversi yang dicetuskan oleh Abby di laman sesawang barubaru ini. Ditanya sama ada dia akan mengikut langkah Abby memakai tudung, kata Memey dia sedang berusaha ke arah itu dan mahu melakukannya dengan penuh istiqamah selain melengkapkan diri dengan ilmu agama, tidak mahu hanya sekadar menutup luaran namun dalaman ‘kosong’.

Ulasan

  1. norman pentingkan kecantikan?
    habisla memey...
    kalau dia gemuk selepas melahirkan, apa terjadi agaknya..?
    apapun, memey memang seiras normanlah..
    hihi..

    BalasPadam
  2. @Cik Tie@Akak
    yaaa... sama je senyuman mereka berdua..=)

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!