Azean Semakin Lemah...

Terkejut juga melihat foto primadona Azean Irdawati dalam laman sosial Instagram milik pelakon berkarakter Pekin yang dimuatnaik petang ini. Pekin bersama rakan pelakon Namron melawat Azean yang berehat dan berubat di rumahnya melawan penyakit kanser yang dihidapi sekian lama.

Namun kata Pekin, Azean masih kuat semangat dan mampu buat lawak bila ada rakan melawatnya. Tapi dalam hati dia siapalah yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


INILAH KEADAAN AZEAN HARI INI.
Azean memang seorang yang tabah melawan penyakitnya dan tetap mahu berubat. Sebab itu dia sedia menerima sumbangan sesiapa sahaja yang mahu menghulurkan sumbangan.

Sumbangan itu boleh mengurangkan bebannya dalam menanggung kos rawatan. Semoga Azean terus tabah melawan sakitnya itu.

"Bukan meminta-minta... tapi kalau ada yang bermurah hati Kak Yan akan terima dengan hati terbuka dan mengucapkan terima kasih," kata Azean semasa ditemui media tidak lama dulu.

Menceritakan keadaan Azean semasa dia melawat hari ini, kata Pekin mengulas komen pengikut dalam Instagram: "Dia (Azean) nak bangun tak larat dah..."



Sama-samalah kita berdoa semoga Azean terus kuat melawan dan kembali sembuh dan dapat mewarnai semula dunia seni dengan lakonan berkesannya.

Dia sendiri masih mahu berlakon, tapi apakan daya kederat primadona itu semakin berkurangan untuk aktif semula.

Ramai yang terkejut melihat keadaan Azean, apatah lagi sebelum ini bila pihak media datang membuat liputan pasal keadaannya, Azean sentiasa mahu menunjukkan dia sihat dan kuat. Dia tidak mahu dilihat dalam keadaan orang sakit dan mahu nampak sihat dan kuat. Itulah semangat dia.
                                SEMASA DIKUNJUNGI DATUK SHAHRIZAT JALIL

Ulasan

  1. kesiannya...
    moga kak yan makin ok..
    kita doakanlah dia..

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!