Header Ads

Siti Belum bersedia ambil anak angkat

loading...

Sepanjang tujuh tahun melayari alam rumah tangga, Siti dan Datuk Seri Khalid sabar menantikan kehadiran cahaya mata. Nyata rezeki masih belum menyebelahi mereka. Pun begitu, Siti mahupun suami tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha agar dikurniakan anak.


“Siti sentiasa mendoakan agar kami diberikan anak. Siti bersikap terbuka mengenai perkara ini. Siti dan suami sedia mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional sebagai usaha mendapatkan anak selagi ia tidak bertentang dengan ajaran Islam. Memang ramai yang tanya mengenai anak tapi siapa Siti untuk memberi jawapan ini kerana Siti pun tidak tahu bila Allah akan kurniakan cahaya mata kepada Siti dan suami.

“Apa yang mampu Siti katakan, doakan Siti diberi peluang menjadi ibu. Siti pernah juga terfikir untuk mengambil anak angkat tetapi buat masa ini Siti masih mahu berusaha memiliki zuriat sendiri.

“Siti terharu dengan sokongan keluarga kedua belah pihak, mereka faham situasi Siti. Begitu juga dengan peminat yang setia memberi sokongan moral. Siti berharap doa Siti dan suami akan dimakbulkan Allah,”jelas Siti yang amat berahsia mengenai hal peribadi.

Peningkatan usia menjadikan seorang isteri semakin matang merencana masa depan. Bukan sahaja kerjaya dan keluarga menjadi fokus malah Siti mengakui dia semakin peka menjaga kesihatan dan kecantikan.

“Siti dapat rasakan berat badan susah nak turun apabila usia bertambah. Jadi Siti tidak lagi berdiet seperti dulu untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya Siti melakukan senaman secara rutin dengan suami.

“Kami akan bersenam di gimnasium di bawah bimbingan jurulatih peribadi. Selain itu, kami juga gemar berjoging dan sukan tinju. Aktiviti riadah ini mengekalkan stamina, menjaga kesihatan dan mengekalkan berat ideal. Ia juga menjadikan otak kita semakin cergas. Siti dapat rasakan hidup menjadi lebih aktif selepas bersenam secara konsisten,”katanya yang bersenam empat hingga lima kali seminggu.
Loading...

4 ulasan:

  1. semoga dato siti dikurniakan anak :)

    BalasPadam
  2. Biarlah siti dgn kehidupannya, yg empunya diri lebih tahu apa yg dicarinya dlm hidup.

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.