Kenapa Shah Rukh Khan Sambut Aidilfitri Bersendirian?Baca!


Siapa yang tidak kenal dengan aktor Bollywood yang terkemuka ini, iaitu Shah Rukh Khan. Tahun ni, Shah Rukh Khan menyambut hari raya aidilfitri sendirian tanpa keluarga. Kenapa?

Kebiasaannya bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Gauri dan anak-anak, Aryan dan Suhana serta kakaknya, Lala Rukh. Namun, disebabkan kesibukan tugasnya sebagai seorang pelakon, kali ini dia terpaksa beraya bersendirian.

Hero Bollywood itu terpaksa beraya di lokasi penggambaran filem terbarunya di Ladakh dan Kashmir, sejak beberapa hari sebelum ketibaan Aidilfitri.

“Selamat hari raya untuk semua. Semoga Allah mengurniakan kita semua kebahagiaan. Saya sangat teruja untuk bertakbir di lembah asing di Ladakh ini, insya-Allah.

Bersendirian beraya kali ini di sebatang jalan yang dingin, di mana-mana saja… hanya memeluk tubuh, merayakan hari bahagia dengan rasa gembira,” katanya dalam laman Twitter miliknya.

Shah Rukhkhan anjur rumah terbuka


SHAH RUKHKHAN berdiri di balkoni rumahnya semasa para peminatnya berhimpun untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri di Mumbai

UMBAI – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukhkhan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

Rumah terbuka itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Bollywood seperti Karan Johar, Farhan Akhtar dan Hrithik Roshan.

Antara senarai tetamu di rumah Shah Rukhkhan itu ialah Ashutosh Gowarikar dan isterinya Sunita, Dino Morea, Arjun Rampal, Chunky Pandey, Priyanka Chopra, Raveena Tandon, Anushka Sharma, Preity Zinta serta Sonali Bendre.

Pelakon Sunjay Dutt dan isterinya, Manyata turut hadir.

Wartawan-wartawan akhbar turut menunggu di luar kediaman pelakon terkenal itu untuk membuat liputan.

Polis terpaksa berkawal di luar rumah pelakon terkenal itu selepas sejumlah peminat mengerumuni kereta-kereta bintang Bollywood sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Anak-anak saya sudah membesar. Kami meraikan setiap perayaan seperti Deepavali dan Krismas,” kata Shah Rukhkhan. –


p/s   jangan kita lupa..siapa pun dia..SRK seorang yang beragama Islam...


 Agensi

Ulasan

  1. Alhamdulillah.. walaupun seorang tapi peminat tetap menykong dari belakang..

    BalasPadam
  2. JAP! baru tahu yg dia ni Islam. hehe! haha! maklumlah tak minat hindustan. tahu nama dia saja..

    BalasPadam
  3. haha..nasib baik dia masih tak lupa solat..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...tapi tulah kan bila berlakon asyikasuk kuil hindu je. Camana tu ye. Semoga Allah ampunkan dia. Siapalah kita utk judge org kan. Allah lbh tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebagai hamba Allah kita tidak boleh menilai seseorang itu melalui zahirnya...batinnya siapa yang tahukan,hanya Allah yang maha mengetahui

      Padam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!