Kajol Kata................


Membintangi filem-filem cereka bercorak komersial bukan lagi sesuatu yang dikejar oleh bintang Kuch Kuch Hota Hai, Kajol. Sebaliknya, dia lebih gemar menjayakan sesebuah filem yang berorientasikan wanita yang keuntungannya tidak seberapa jika dibandingkan dengan filem-filem cereka bercorak komersial.


"Kalau boleh saya mahu buat sekurang-kurangnya 3 buah filem yang boleh meninggalkan kesan serta mampu mencipta sejarah dan industri perfileman Bollywood dan untuk ke arah itu, saya tengah cari skrip yang sesuai.

"Saya dan Ajay (suami) juga sudha berbincang untuk berkolaborasi dalam sebuah filem bersama tetapi buat masa ini kami masih belum mencapai apa-apa keputusan lagi kerana sibuk mempromosikan filem Son Of Sardar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Apapun selagi hayat masih ada, saya masih mahu berlakon sehingga usia saya 70. Siapa tahu saya boleh berlakon sebagai seorang nenek yang seksi dan jelita,"katanya.

Ketika ini, Kajol baru saja muncul sebagai penghias kulit untuk majalah Vogue yang telah meraikannya dirinya sebagai selebriti yang punya kejelitaan tanpa had dan sempadan waktu.

Mengulas mengenai hal tersebut, Kajol berkata, dia bersyukur dilabelkan sebegitu.

"Secara peribadi saya rasa, setiap individu wajar diberi penghargaan terhadap kelebihan invidualistik masing-masing khususnya di kalangan orang-orang baru tetapi surat khabar hari ini langsung tidak memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan kebolehan mereka itu.

"Jika filem pertama lakonan mereka itu gagal, mereka akan terus dipancung hingga tidak berpeluang untuk bersaing lagi di masa akan datang. Juga banyak tekanan diberikan kepada selebriti wanita untuk tampil dengan saiz zero serta menggunakan jenama yang sesuai. Saya tidak fikir saya mampu untuk berdepan dengan segala tekanan ini," katanya.

Namun, Kajol juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan permasalahan seperti ini sewaktu dia mula-mula menjadi pelakon.

"Saya telah dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan dan juga diminta untuk ambil berat tentang cara saya berpakaian. Saya juga masih ingat beberapa laporan di dalam akhbar yang menulis tentang betapa besarnya peha saya hingga ianya berupaya untuk menguasai seluruh skrin layar lebar.

"Ia nyata umpama sebuah mimpi yang ngeri dan membuatkan saya sentiasa kurang yakin diri dengan penampilan saya. Tapi, akhirnya say amenyedari bahawa filem saya sentiasa mendapat sambutan yang hangat dan saya mendapat lebih banyak tawaran, dari situ saya mula tidak peduli apa yang orang cakap pasal diri saya," katanya.


Teringat-ingat filem KKHH.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!