Ingat Mazuin Hamzah?Ini Foto Terbarunya,Ikuti Kisah Percintaannya

wanita dalam gambar ini adalah Mazwin Hamzah bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri.



Lain sungguh muka Maziun Hamzah sekarang ni. Gambar ni diambil sewaktu Mazwin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas. Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11.12.1987 dalam usia 23 tahun dan kemudiannya berpisah setelah 17 tahun hidup bersama





anak sulung Mazuin..ops..lahir pada 1 September 1988,akak mmg ingat sbb satu tarikh ngan anak sulung akak lahir...

Dulu akak memang minat dengan nyanyian Mazuin dan beliau salah satu pemain drum dalam kumpulan Quinary M ni..dan mereka salah satu kumpulan yang top pada tahun 80..an..


Macamana Mazuin terjumpa dengan Pengiran Sufri Bolkiah..


Episod cinta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Aku Ingin Dekat Kepadamu dan Cinta Palsu itu bermula pada 10 Julai 1987.
Pertemuan pertama di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain.


Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi dengan Mazuin, sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.


Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang.
Sebelum Mazuin dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon.


Di ruang pejabat di Istana Nurul Hana, Sufri secara gentleman menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin.
Berdasarkan laporan dalam majalah URTV, sebelum menyunting si genit itu, Sufri terlebih dahulu bertanyakan Mazuin apakah dia sudah mempunyai pilihan hati.


Tergamam dengan pertanyaan itu, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani puterinya itu juga ditanya oleh Sufri apakah beliau sudi untuk menerima kehadiran putera diraja itu sebagai menantunya.


Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana pada usia 23 tahun, wanita itu berpendapat, lebih baik anaknya sahaja yang menentukan masa depannya.
Kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.


Sekali lagi berita itu mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapat pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin.


Bibit cinta antara Mazuin dan Sufri mula berputik selepas detik itu sebagaimana bergulingnya musim-musim, hidup manusia direncahkan dengan peristiwa yang pelbagai.


Berbulan-bulan persiapan dilakukan sehinggalah majlis pernikahan dan persandingan berlangsung secara gilang-gemilang.


Sejak kisah percintaan beliau tersebar dengan Pengiran Sufri Bolkiah...kisah mereka berdua menjadi isu terhangat dan suratkhabar setiap hari menyiarkan tentang percintaan mereka berdua ..macam kisah Lady Dianalah...


Mereka mula bertemu pada tahun 1987 dan kisah percintaan mereka memang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Kalau keluar cerita mereka berdua memang kedebumlah surat khabar tu..taklah macam sekarang ni...dah ada alternatif selain dari paper...

Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana.

Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja. Alahai....Tak pe la..jodoh dah tak de...nak wat camana kan?


Tak tahulah samada Mazuin telah menamatkan zaman jandanya ataupun tidak...Pengiran Sufri Bolkiah telah pun berkawin lain...katanya dengan makcik Fazura...tapi silap nama dia Faizah.

Hhhmmm...dah tamat dah citer dia..



Ulasan

  1. waktu tu aku kecik lagi , darjah 4 kot

    BalasPadam
  2. saya pun minat kat mazuin ni..suka wajahmya yg comel..bila dia kawin dgn pangiran, kita pun berangan nak kawin pangiran.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...

    ingat lagi masa dia menyanyi dengan abang dia mazlan hamzah ... boleh tolong ajar camna nak buat pages terapung kat kiri tuh ... terima kasih
    tggl jejak kat shoutbox saya ...

    BalasPadam
  4. @Norhaizan hakim
    haha..kesiannya berangan nak dapat pengiran..tapi apa salahnya...berangan je..
    kalau betul2 dapat alhamdulillah

    BalasPadam
  5. @-meeSUPERGIRL-
    hehe..namanya aje panjang,panggilnya pendek jer

    BalasPadam
  6. @Vee Sandii
    akak dah tinggalkan jejak kat blog anda

    BalasPadam
  7. Salam. Thanks for latest info on Mazuin Hamzah

    BalasPadam
  8. ouhhh.. mazwin.. memanggggg tak kenal.. my mom je yg minat gegiler dengan dia. huhuhu..

    BalasPadam
  9. ouhhh.. mazwin.. memanggggg tak kenal.. my mom je yg minat gegiler dengan dia. huhuhu..

    BalasPadam
  10. ouhhh.. mazwin.. memanggggg tak kenal.. my mom je yg minat gegiler dengan dia. huhuhu..

    BalasPadam
  11. ouhhh.. mazwin.. memanggggg tak kenal.. my mom je yg minat gegiler dengan dia. huhuhu..

    BalasPadam
  12. @arau blogger
    masa ni akak dah remaja..minat giler ngan dia

    BalasPadam
  13. Name sye pon dberi sempene name mazwin @mazuin ni sbb zmn sye lahir mmg tgh gile psl mazwin ni ..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh ye ke..mesti mak awak peminat Mazuin ni

      Padam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!