Header Ads

Begini Caranya Bintang Bollywood Sambut Aidilfitri

loading...

Sama seperti bintang tempatan kita, bintang Bollywood yang beragama Islam juga turut sibuk meraikan kedatangan Aidilfitri. Namun, ada yang menyambutnya di luar negara, ada pula yang meraikannya seorang diri kerana tugas dan tidak kurang juga yang menyambutnya dengan cara yang tersendiri.

Ikuti bagaimana bintang Bollywood beraya pada Aidilfitri tahun ini:-

1. Dato' Shah Rukh Khan: Ladakh
Terikat dengan penggambaran filem Yashraj yang masih belum berjudul di Ladakh membuatkan Shah Rukh Khan tidak dapat menyambutnya bersama keluarga pada tahun ini. Dalam akaun Twitter miliknya, dia menulis: "Saya keseorangan pada Aidilfitri ini...di atas jalan yang sempit. Memeluk diri saya sendiri selepas sekian lama. AkAn meraikannya dengan ditemani bayu yang ceria. Tidak sabar untuk membaca Takbirat di kawasan lapang di Ladakh".


2. Imran Khan: Old Delhi
Aktor berusia 29 tahun ini nampaknya lebih gemar menghabiskan masa di Old Delhi dengan mencari makanan kegemarannya iaitu paratha. "Saya dan pelakon-pelakon yang lain menikmati masa yang cukup menyeronokkan sewaktu menjayakan penggambaran Delhi Belly (2011). ia ibarat seperti sebuah pesta untuk kami menikmati Parathe Wali Gali. Sebab itu, saya telah ambil keputusan untuk sambut Aidilfitri ini dengan menikmati Paratha Ghobi. Ia kegemaran saya," katanya.


3. Salman Khan: Mumbai
Salman Khan yang tidak berpeluang menyambut Aifittri pada tahun lalu kerana terpaksa menjalani rawatan urat saraf di Amerika Syarikat juga masih tidak menyambut perayaan ini pada tahun ini. Alasannya, dia begitu terkesan dan sedih dengan kematian ayah kepada rakan baiknya, Ritesih Deshmukh. "Kawan baik saya
Ritesih Deshmukh telah kehilangan bapanya. Atas sebab itu saya tidak mahu meraikan Aiditfitri pada tahun ini," kata aktor berusia 46 tahun itu.

4. Aamir Khan: Chicago
Sibuk menjayakan penggambaran filem Dhoom 3, membuatkan aktor Aamir Khan terpaksa meraikan Aidilfitri ini di Chicago. Dia meraikan Aidilfitri di sana versama isterinya, Kiran Rao dan anaknya, Azad Rao. Ini adalah sambuatn Aifitri yang cukup istimewa bagi aktor yang berusia 47 tahun itu.


5. Saif Ali Khan: London
Selepas menyambut hari ulangtahun kelahirannya di sebuah parti tertutup bersama kekasihnya, Kareena Kapoor di London pada minggu lepas, Saif Ali Khan, 42, meneruskan percutian di negara British itu, sekaligus menyambut Aidilfitri di sana. Bagaimanapun, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor sudah pun kembali semula ke India.
Loading...

1 ulasan:

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.