Terkini ►

Ahaa...Lepas Lihat Foto Mazuin,Kita Lihat Anak-anak Mazuin Pulak...Jom!!

Kenal tak wajah dibawah nun dan ada mirip-mirip siapa? Amy Mastura atau Mazwin Hamzah. Ini adalah salah seorang daripada anak perempuan bekas penyanyi kumpulan Quinary M yang agak terkenal satu ketika dahulu iaitu Mazwin Hamzah yang telah berkahwin dengan adinda Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pengiran Sufri.



Beliau adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah puteri bongsu kepada Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri yang diputerikan pada 23 April 1992.
Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11 Februari 1987 dengan hantaran perkahwinan satu Juta Ringgit satu nilai yang begitu besar bukan sahaja ketika itu malah kini dan selamanya.

                                 Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah

Walaupun bagaimanapun jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa dan kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, begitulah jodoh Mazwin Hamzah dengan Pengiran Sufri yang berakhri dengan penceraian sekitar tahun 2003.


 Berita penceraian ini begitu mengejutkan  tetapi itulah kenyataannya dan berbagai spekulasi dibuat dan ada menyatakan Muzwin Hamzah berada di Singapura dan menjadi penyanyi disana selepas penceraian tersebut dan berbagai-bagai lagi cerita yang berserabut kepala mendengarnya.

 Hasil daripada perkongsian hidup Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri selama 11 tahun telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu seorang Putera YAM Pengiran Muda Abdul Khaaliq dan dua puteri, YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah.



Sebenarnya Mazwin Hamzah masih lagi menetap di Brunei Darussalam bersama anak-anaknya. Ada masanya beliau berulang alik ke Kuala Lumpur - London dan Singapura. 

Beliau menetap di Vila Cinta Membara di Jalan Kustin, Berakas yang merupakan kediaman pertama yang dihadiahkan oleh Pengiran Sufri kepada beliau semasa mula-mula bergelar isteri kepada Pengiran. 

 Sebelum bercerai beliau menginap di kediaman rasmi di Istana Darul Hana dan berpindah ke rumah pertamanya apabila bercerai dengan Pengiran Sufri. 

 Beliau mempunyai sebuah "istana" yang lebih mewah dan besar di Jalan Pengiran Babu berhampiran Darul Karamah yang merupakan kediaman rasmi ayahanda dan bonda YTM Pengiran Isteri Pengiran Anak Sarah tetapi tetap memilih rumah pertamanya di Brunei yang lebih serdahana sebagai kediaman beliau. 

 Hubungan beliau dengan kerabat diraja Brunei masih lagi baik terutamanya dengan KDYMM Raja Isteri yang begitu akrab dan senang dengan beliau.


Saksikan foto anak-anak beliau......




                                     comelkan anak-anak dia......Sekian untuk malam ini.....

kalau share sila bagi kredit kk??

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori artis dengan judul Ahaa...Lepas Lihat Foto Mazuin,Kita Lihat Anak-anak Mazuin Pulak...Jom!!. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2012/09/ahaalepas-lihat-foto-mazuinkita-lihat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Kak Tie - 25 Sep 2012

18 komentar untuk "Ahaa...Lepas Lihat Foto Mazuin,Kita Lihat Anak-anak Mazuin Pulak...Jom!!"

  1. assalamualaikum...
    mazwin masih cantik kan ! tapi anak tak cantik mcm mummy dia ... hehehee
    sbb mazwin lah sepupu saya bagi nama anak pun mazwin gak ...

    ReplyDelete
  2. @Vee Sandii
    anaknya pun cantik juga..cuma kurang manis je sket..hihi

    ReplyDelete
  3. mazwin & amy mastura sedara dengan abang ipar saya keluarganya di gopeng, perak ada kene mengene dua pupu dgn abang ipar saya...
    share boleh...?
    tq...

    ReplyDelete
  4. @Sukma Haron
    aaa..ye ke...suka akak..awak sudi singgah blog akak...
    share??boleh3...

    ReplyDelete
  5. Lagi cantik jika mazuin dn anak2 perempuannya menutup aurat seperti mana anak sultan Brunei. Duit dan kemewahan hidupyg mewah tidak mampu membeli sehelai kain untuk menutup aurat kepala. Bersyukur hamba menjadi insan biasa yg mendaat nikmat Islam, Ihsan danIman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sampai seru agaknya..hihi..jawapan skema bg yg tidak bertudung

      Delete
  6. Lagi cantik jika mazuin dn anak2 perempuannya menutup aurat seperti mana anak sultan Brunei. Duit dan kemewahan hidupyg mewah tidak mampu membeli sehelai kain untuk menutup aurat kepala. Bersyukur hamba menjadi insan biasa yg mendaat nikmat Islam, Ihsan danIman.

    ReplyDelete
  7. Anak2 mazuin tidak mengikut paras rupa mazuin sgt...hanya bab gigi yang bertaring tu ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tang gigi tu mmg dah jadi trademark keturunan beliau..nampak sweet

      Delete
  8. Lama tak baca kisah Mazwin, saya salah seorang peminatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai peminat dia ni sebenarnya..dulu mmg Mazuin pernah menjadi kegilaan peminat

      Delete
  9. @ns
    hihi..sangat berterus terang

    ReplyDelete
  10. Dia tu sedara belah ayah saya . Rasa macam bertuah je dapat sedara seperti Aunty Mazuin .

    ReplyDelete
  11. Dia tu sedara belah ayah saya . Rasa macam bertuah je dapat sedara seperti Aunty Mazuin .

    ReplyDelete
  12. @Aina Sahiraye ke..bertuahnya badan..selalu jumpa ke?

    ReplyDelete
  13. anak ajeerah tu adalah sikit mirip mazuin, tapi kecantikan mazuin tak langsung di warisi ank2nya, 10% pun tak ade, rupa mazuin yang cantik dan manis mase kegemilangannya tak dapat diwarisi zuriatnya, mazuin dimana sekarang...? dia buat ape ye... rugilah tak menfaatkan kelebihan yg ada padanya....at least buatlah 1 album mazuin terkini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x silap akak mazuin masih lagi menetap di Brunai,dan masih lagi menjadi kesayangan kerabat2 istana Berunai

      Delete

jerit kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaru